Masih dalam mode kembara kahwin saat ini. Bukan saya yang berkahwin tetapi sahabat-sahabat dan juga junior saya. Cuti pada hari Jumaat, 16 September 2011 dimanfaatkan untuk memulakan pengembaraan saya dan tiga lagi orang sahabat ke utara. Misi kami adalah untuk menghadiri empat walimatul urus. Dua di Kedah dan dua lagi di Perak. Kesempatan yang sama kami ambil untuk menziarahi rumah dua orang sahabat lain dalam perjalanan ke utara.
Terima kasih diucapkan kepada Kak Shahidatul Mazidah atas pelawaan Open House tempoh hari. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas kepada Maziah Muslimah dan keluarga yang sudi menumpangkan kami di rumah kalian. Buat pasangan Hani Sabrina & Abg Mie, Khadijah & Bubble, 'Izzati & Zulfadhli dan Rufaidah & Muhammad, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga baitul muslim yang dibina dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk meningkatkan ketaataan dan ketakwaan pada Allah SWT.
Kini saya perlu menukarkan mode kepada conference presentation pula. Esok saya bakal membentangkan kertas kerja master saya di National Postgraduate Conference 2011 yang diadakan di UTP. Perlu berusaha menyiapkan slide presentation yang masih belum bersentuh lagi. Terasa seronok dapat kembali ke UTP semula setelah 2 bulan tinggal dan bekerja di Serdang. Mudah-mudahkan dapat mengekalkan momentum Master selepas presentation esok. ^________^
Bersama Kak Shida di hadapan rumahnya di Cheras
Membeli-belah di Pekan Rabu sebelum ke walimah di Alor Setar
Bersama Hani Sabrina & Abg. Mie sejurusa selepas ketibaan pengantin
Bersama Khadijah & Bubble di Restoran Bendang di Kelubi
Bersama 'Izzati & Zulfadhli di Taman Tasik Taiping ketika outdoor photoshoot mereka
Bersama Rufaidah & Muhammad di Kg. Kepayang, Perak
Dedikasi utk pasangan pengantin baru:
OOOh Yeaah OOOh
Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dreams come true
Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!
Ya Allah berkati pasangan ini
Bahgia hidup berkasih sayang
Rasulullah indahnya sunnahmu
Dunia terasa bagai di syurga
We always pray your everyday
Will be blessed with joy
May all your dream come true
Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
Yeeaah
Itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ini. Masa untuk menyiapkan slide presentation! /o/ \o\ /o/ \o\ \o/
No comments:
Post a Comment