Sunday, September 11, 2011

'Berseninya' Lukisan Seorang Kanak-Kanak

"Mak, nnti jangan lupa bawak sekali fail lukisan-lukisan Ina mase pindah barang nnti ye", saya mengirimkan pesanan dari nun jauh di Perak kepada emak supaya tidak lupa membawa fail tersebut sewaktu keluarga saya memindahkan barang-barang dari rumah Johor Bahru ke kampung di Batu Pahat beberapa tahun yang lepas. Fail tersebut menyimpan koleksi lukisan saya sejak daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Sayang sekali sewaktu saya mengambil subjek Pendidikan Seni Visual di MRSM Pontian dahulu, hanya sekeping lukisan sahaja dapat diarkibkan. Yang lain entah ke mana. Mungkin masih tersimpan di Bilik Seni maktab rendah itu.

"Mak aih, kau boleh buat Muzium Inah!", ujar abang saya sewaktu saya memintanya membawa fail lukisan tersebut bersamanya sewaktu mahu berangkat ke Melaka sebelum pulang ke Kuala Lumpur semasa Hari Raya Aidilfitri pertama baru-baru ini. Agak lama juga fail itu ditinggalkan di kampung. Kebetulan Aidilfitri kali ini kami berpeluang pulang ke Batu Pahat. Dapatlah kami mengangkut beberapa barang yang masih belum dipindahkan ke rumah baru kami di Seri Kembangan. Namun, sebahagian daripada barang-barang kami telah rosak dimakan anai-anai. Mujur fail tersebut terselamat.

Sebenarnya tidaklah begitu banyak lukisan simpanan saya. Sekadar mahu berkongsi hasil lukisan ini dengan pembaca sekalian.

"Sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji semuanya!"
Darjah 3 Anugerah

"Kolaj Manggis"
Darjah 4 Anugerah

"Kolaj"
Darjah 4 Anugerah


"Bentuk"
Darjah 4 Anugerah


"Selamat Hari Raya"
Darjah 4 Anugerah


"Air Terjun"
Darjah 4 Anugerah


"Pantai"
Darjah 4 Anugerah


"Taman Bunga"
Darjah 4 Anugerah


"Anyaman"
Tingkatan 1A


"Warna Sewarna"
Tingkatan 2 Sains 1


"Rupa Bentuk"
Tingkatan 2 Sains 1


Yang lain akan ditambah kemudian ^__^

3 comments:

  1. so cute=)

    can sense back the feeling of doing those 'kerja2 seni' wholeheartedly and 'confident', yet bile nampak ada orang lain punya work lagi better, rasa so down to earth=P, tapi bila cikgu puji keja kita, rasa mcm nak belajar seni tiap2 hari=P

    Anyhow pleasing yourself is much easier than pleasing other people kan=)

    Teringat dulu abah tolong buatkan wau guna gabus, then cikgu jadikan wau tu hiasan kelas^_^.. im proud, though tak menyumbang sikit pun, cause it my father's

    ReplyDelete
  2. Dulu kecik2 selalu compare ngan kawan2 dapat A ke B ke C ke lukisan tu~ act lukisan kanak2 walaupun nampak buruk, tak jadi...tapi tu adalah seni yg tulus...haha~ cantiknye tetap disitu...ade lagi ni yg tak upload lg. Tak abes scan la...

    ReplyDelete
  3. wah..kagum, masih menyimpan lagi ke..

    org tak simpan pun...huhu

    bila da growing up ni baru realize the 'art' dari lukisan kanak2 ni=)

    ReplyDelete