Tujuan asal ziarah adalah untuk menawarkan bantuan membersihkan rumah mereka. Namun tentera-tentera semut merah ini sudah terlebih dahulu merebut pahala. Hanya sempat menjengahkan muka dari dalam kereta sahaja kerana rombongan bertiga kami tiba agak lewat. Berdesup mereka pergi meneruskan misi flood sweeper di rumah lain pula. Power!
Rumah pertama yang kami ziarahi terletak di Meru, Klang. Rumah kedua pula di Shah Alam. Seronok dapat berkumpul serta catching-up hidup masing-masing lantaran terlalu lama tidak bertemu mata. Namun sebelum itu perbualan kami dengan tuan rumah banyak berkisar tentang pengalaman buruk banjir yang berlaku, kondisi semasa dan kerugian yang terpaksa ditanggung pasca banjir. Dana peruntukan kebajikan IMProf yang kami sampaikan terlalu micro nilainya jika hendak dibandingkan.
Sejujurnya, pada awal berita banjir dilaporkan di Selangor, saya tidak begitu mengambil berat tentangnya. Saya "membesar" dengan banjir sejak kecil, sudah lali dan terbiasa dengan bencana alam ini. Tetapi melihat sendiri kawasan yang terkesan membuatkan saya sedar, "Ah, this is even worst than what I had been through before"
Terperap di rumah selama lebih 700 hari, membutakan mata hati saya tentang nilai kemanusiaan dan realiti kehidupan. Berkomunikasi secara maya tidak akan pernah sama dengan interaksi mata ke mata. Berat mata memandang (hanya menerusi media sosial), terlalu berat bahu yang memikul. I'm just glad that Allah brought me out that day.
Sebelum pulang, kami sengaja mengambil detour melalui kawasan paling terjejas banjir, Taman Sri Muda. Breathing the same air as the victims did was already devastating. Mereka bukan setakat kehilangan harta benda. Lebih memilukan mereka kehilangan memori indah walaupun dari sekecil-kecil benda yang hilang.
Sebelum rombongan kami berpisah, kami singgah makan tengah hari sebentar di Sg. Besi. Tatkala menanti makanan yang dipesan, dari jauh membelakangi saya ada kelibat seorang lelaki warga asing meminta bantuan (baca: sedekah).
Saya tidak mudah percaya pada seseorang atau sebenarnya mungkin saya tidak suka ditipu. Dalam situasi seperti ini, selalunya saya mengambil jalan selamat untuk menolak permintaan tersebut. Rakan saya sebaliknya segera mengejar lelaki tersebut dan menghulurkan sejumlah wang.
Saya membuka perbincangan tentang situasi yang baru sahaja berlaku dan ini membawa kami tentang realiti betapa ramainya orang yang terkesan dengan penutupan ekonomi akibat penyebaran virus Covid19 terutama bagi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Masih mengekalkan pekerjaan ketika saat sukar ketika ini merupakan salah satu perkara yang saya sangat syukuri. Saya tidak menafikan ada bahagian orang lain dalam rezeki yang Allah berikan cuma saya merasakan saya masih belum ada satu "personal standard" untuk berhadapan dengan situasi adhoc tersebut.
Dua minggu berlalu begitu pantas. Pada 11 Januari 2022, terlintas satu video di Instagram kelihatan seperti seorang pemuda OKU sedang meminta bantuan (baca: sekedah) dari kereta ke kereta. Di hujung sedutan video tersebut seorang penunggang motosikal akhirnya menghulurkan seberkas makanan yang mana sangat disyukuri oleh pemuda itu.
Saya tersentap. Dalam hati dan fikiran saya terlintas bagaimana sekiranya roda kehidupan yang saya miliki sekarang, yang kini berada di atas tiba-tiba jatuh ke bawah, bergeser seretuk-teruknya atas jalan yang penuh lubang, lopak, duri dan serpihan kaca. Adakah akan ada orang yang akan membantu ketika itu?
Ini piawaian peribadi baru yang saya daftarkan pada hari ini. If someone ever come to me in such situation I hope I can deal with it well.
Empati.
"Semoga Allah gantikan apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik"
Until then.
No comments:
Post a Comment