Kehadiran 19 Januari kali ini diulit kemurungan dan kegelisahan. Presentation master yang baru sahaja berlalu (petang 18 Januari 2010) begitu mengecewakan. This is the worst presentation ever!
"I'm not happy with your presentation!" komen yang diterima sebaik sahaja selesai pembentangan.
Down...
Moody...
Preassure...
Perasaaan bercampur baur sepanjang hari. Namun hati ini sedikit terhibur dengan surprise sambutan hari lahir saya pada malam harinya.
Ana mohon berjuta-juta kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya tidak dapat menzahirkan kegembiraan pada malam itu. Bukan ana tidak berterima kasih dengan sambutan yang antum sediakan cuma mungkin apa yang berlaku sebelum itu agak mengacau-bilaukan perasaan ana. Syukran jazilan yg tidak terhingga kepada antum.
Umur bertambah...amal juga perlu diperbaiki...azam baru sempena ulangtahun ke-23...ingin menjadi puteri akhirat yang sentiasa memperbaiki diri...perkongsian kali ini, saya bawakan petikan yang amat signifikan untuk orang-orang yang semakin bertambah usianya... :) moh muhasabah diri!
Umur manusia adalah antara anugerah Allah SWT yang amat berharga tapi terbatas. Umur atau usia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di akhirat kelak dan dia akan ditanya ke manakah umur itu dipergunakan.
Usia bergerak pergi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain, terus melangkah tanpa tangguh. Setelah usia berlalu, tiada sesiapapun yang dapat melambai dan mengajaknya kembali.
"Apabila umur manusia berjalan pergi, Akhirat melangkah mendatangi manusia..."
Selain itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Akhirat juga bergerak mendatangi manusia. Apabila umur manusia berjalan pergi dan Akhirat melangkah mendatangi manusia, maka ini bererti akan semakin cepatlah pertemuan manusia dengan Akhirat itu.
Ibarat dua orang yang menaiki dua kenderaan yang berbeza dari arah yang bertentangan di jalanraya. Walaupun kedua-duanya bergerak dari jarak yang jauh, namun oleh sebab kedua-duanya bergerak ke arah yang bertentangan, maka lebih cepatlah kenderaan tersebut bertemu.
"Masa adalah usia..."
Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dan alam Akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu. Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja yang tidak menyedari umurnya sedang bergerak pergi dan Akhirat pula kian mendatanginya.
Sumber : Nik Abd Aziz Nik Mat, 71 Nota Kepada Diri : Mengenali Perwatakan Putera-Puteri Dunia, Harakah 2007.
Hadiah dari Kak Suria :)
Assalamu'alaikum, sanah helwah. Moga umur diberkati Allah. Jgn sdey2 atas ape yg t'jadi siang tadi. Ehe, syg akk... -maziah-
Salam. Selamat Hari Lahir ina! Semoga cepat kawin ahaks. Rindu ina sgt2..mmuahh! <3 <3... -Hidayah Hassan-
Slamat hr lahir ina. Smoga pjg umo, murah rzki. Dprmudhkan urusan dunia akhirat. Maaf x dapat celebrate same2.. nk kfc jugak.. B-) -Kak Suria-
Posto...posto...ad kad la..buka la!!
------------
!'--.__.--'!
!----------!
Slmt Hari Lahir K.Ina!! Smge trus sukses dn dbrkti Allah sntiase..stay cute! -Hidayah Zahari-
Salam ulangtahun ke-23. Smga pnjg umur kebaikan & dimurahkan rzki, kekal solehah, ditemukan jodoh yg soleh. Insylh... -Abg Adam-
Happy Birthday. Semoga dpanjangkn umur, murah rezeki, bahagia dan dkurniakan nikmat kesihatan disisi keluarga tercinta. Aminnn. Aminnn. Aminnn... -Wan Hafizah-
, --. .-- ,
, . ,
. x .
.. ..
.
The "x" mark is the spot where u are in my heart! Coz u're one of my friend dat i would never forget..happy birthday ina, may Allah's blessing be with u alwaz n ever! Muahx! -Asnadila-
Selamat hari lahir ina. Semoga sentiasa di bwh lindunganNya slalu =) -Mimie-
Salam. Oh, i'm late.. hehe.. so, wishing u a belated happy birthday :) -Hani-
Slm kak ina. hepi blated :) -Aqilah Mustafa-
Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang diberikan (melalui sms, facebook, email dsb). Love all of u!
“Kita ni…dari foundation sampai dah sambung master…masih lagi buat kerja last minute!” agak terpanah diri ini mendengar kata-kata itu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Lebih kurang jam 4.15 petang 14 Disember 2009, saya dan beberapa sahabat bergegas dari rumah sewa kami di Bandar Universiti menuju ke Pejabat Pasca-siswazah untuk menghantar MSc Symposium ResearchPaper sebelum waktu pejabat berakhir. Research paper kami yang masih hangat dek baru dicetak itu dibawa dengan harapan kami masih berpeluang untuk membaikinya sebelum hari pembentangan yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.
Pensyarah dan rakan sekelas subjek Professional Communication Skills (suatu ketika dahulu)
“Sem depan kita kene start kerja awal! Tak boleh buat last minute lagi...” tersingkap kembali kenangan semasa masih bergelar siswazah.
Kata-kata semangat ini sentiasa diulang-ulang saban semester. Walau bagaimanapun, kebanyakan tugasan akademik disiapkan betul-betul sebelum, pada atau selepas masa yang ditetapkan Bukannya tidak pernah berinisiatif untuk lebih berdisiplin menyiapkan tugasan, tetapi mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan non-academic dan mungkin juga diri ini tidak begitu pandai menguruskan masa!
Pernah juga cuba memulakan tugasan lebih awal, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Tiada mood, tiada idea, tiada semangat dan kerja masih juga tidak dapat dimulakan. Aha~ begitulah kisahnya. Mood, idea dan semangat yang menjadi pemangkin untuk menyiapkan tugasan hanya akan datang bertandang apabila semakin hampir dengan due datenya. Saat itu saya perlu mengerah keringat, mengorbankan masa rehat dan makan, bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan sebaik mungkin dalam masa yang terhad.
Pembelajaran sehari-hari juga begitu. Study week selama seminggu (sebelum minggu peperiksaan bermula) akan digunakan sebaik-baiknya untuk menelaah pelajaran sepanjang satu semester. Walaupun agak tertekan dengan kehadiran minggu peperiksaan tetapi saya sangat gembira! Saya gembira kerana saya seolah-olah menerima kekuatan luar biasa untuk menelaah dan memahami apa yang diajarkan oleh para pensyarah di dalam kelas.
Belajar bersama sahabat-sahabat di IRC (perpustakaan) dikala study week...
Tekanan akibat markah coursework yang rendah meningkatkan lagi semangat untuk meraih markah yang terbaik untuk peperiksaan. Oppss...AWAS! Kadang kala kita mudah terleka dengan persekitaran semasa yang mampu memesongkan niat belajar semata-mata kerana PEPERIKSAAN. Merujuk kembali hadith pertama daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi, mafhumnya secara ringkas…kita akan dapat perkara yang kita niatkan. Begitu juga dengan pembelajaran/pengajian.
Sekiranya kita belajar kerana peperiksaan, kebiasaannya ilmu-ilmu itu tidak akan kekal lama. Kebarangkalian untuk ilmu itu tersimpan lama dalam diri kita mungkin sangat tipis. Bertitik tolak dari perkara inilah, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya memperbaharui niat…pengajian ini bukan untuk peperiksaan semata-mata...tetapi kerana Allah dan Islam.
“Belajar kerana Allah!”
Terasa rugi juga kadang kala kerana tidak pandai membahagikan masa dan terlalu mengikut mood dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam masa lebih kurang 7 hari study week sahaja, pelbagai ilmu dapat difahami sehingga dapat menyediakan diri kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Sekiranya kita manfaatkan satu semester yang diberikan sebaik-baiknya, mungkin lebih banyak ilmu mampu diperolehi. Dan benarlah, sesungguhnya masa itu emas atau lebih signifikan lagi…MASA ITU DUIT!
Awas dari mensia-siakan masa! Ketahuilah faktor-faktor gejala mensia-siakan masa dan sama-samalah kita memuhasabah diri...
Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti!
Faktor gejala MENSIA-SIAKAN MASA:
1.Lalai : Wabak yang melanda manusia hinggakan apa yang berlaku diwaktu siang dan malam sudah tidak menjadi perhatian, luput daripadanya segala ingatan
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai!”
(Al-A’raf : 179)
“…tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka mengetahui hanya yang lahir dari kehidupan dunia. Sedangkan mereka tentang hari akhirat mereka lalai.”
(Ar-Rum: 6-7)
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf: 205)
“…dan janganlah kamu mengikuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaan itu melewati batas.”
(Al-Kahfi: 28)
Doa Sayyidina Abu Bakar:
“Ya Allah! Janganlah biarkan kami dalam kesesatan. Dan janganlah ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.”
Sahlun bin ‘Abdullah berpesan:
Awas dari bersahabat dengan tiga jenis manusia :
i.‘Ulama’ yang munafiq.
ii.Golongan tasawwuf yang jahil.
iii.Pemimpin kejam yang lalai.
2.Tangguh-menangguh: Penyakit yang merbahaya, membantutkan usaha manusia hari ini dan seterusnya.
Abdul Qais berpesan: “Awas dari perkataan ‘Nanti Dulu’…”
Orang lain berkata, “Perkataan ‘Nanti Dulu’ adalah anak cucu iblis.”
Janganlah kamu berlengah dan leka hingga sampai keesokkan harinya. Jika peluang ini kamu tidak rebut, nescaya kami akan menyesal.
Al-Imam Al-Hassan Al-Basri berpesan:
Awas dari tempoh menempoh! Hari besok belum! Jika besok harimu tentu, jadilah esok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini!
3.Gejala Kecuaian
i.Tiada siapa yang boleh menjamin supaya seseorang itu hidup sampai ke hari besok, sedangkan ajal terkadang datang tiba-tiba.
Seorang raja menjemput seorang yang salih ke majlis santapan di raja. Lelaki salih itu menolak jemputan di atas alasan dia berpuasa. Raja menyuruhnya untuk berbuka hari ini dan berpuasa esok. Lelaki itu mempersoalkan raja tesebut, “Kamu boleh memberi jaminan supaya aku dapat hidup sampai besok?”
ii.Jikapun kami dilanjutkan usia ke besok harinya, maka apakah kami terselamat dari penyakit yang datang mendadak, kesibukan yang tiba-tiba, atau terselamat dari malang yang tidak berbau? Dari itu berazamlah untuk menyegerakan kebaikan dan melaksanakan kewajipan.
Dalam suatu wasiat, Rasulullah berpesan kepada seorang lelaki dengan pesanannya di dalam sebuah hadith:
“Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
I.Masa kamu hidup sebelum kamu mati.
II.Masa kamu sihat sebelum kamu sakit.
III.Masa kamu kosong sebelum kamu sibuk.
IV.Masa kamu muda sebelum kamu tua.
V.Masa kamu senang sebelum kamu papa.”
Seorang ulama’ menasihati seorang pemuda, “Bekerjalah sebelum tiba suatu hari yang kamu tidak mampu bekerja. Saya suka bekerja pada hari ini. Tetapi saya tiada upaya!”
iii.Setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat suatu waktupun yang kosong dari tugas-tugasnya.
Apabila kelihatan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz terlalu letih kerana terlalu banyak bertugas, lalu seorang menasihatinya untuk menangguh pekerjaan ini ke hari besok. ‘Umar menjawab “Bagaimanakah pula jika kerja-kerjaku ini terkumpul dalam masa dua hari…!?”
Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu.
Ibnu ‘Ata’ ada menyebut dalam kitabnya ‘Al-Hikam’:
“Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikannya. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?”
iv.Selalu melewat-lewatkan dari beramal-ibadah boleh membawa seseorang itu lama-kelamaan terus tinggal dari beramal. Apabila sifat cuai ini sudah menjadi darah dagingnya, maka sukar pula ditinggalkan.
Seorang yang berdosa, yang tidak segera bertaubat juga boleh menyebabkan dia berterusan melakukan dosa. Hatta sukar pula untuk dia meninggalkannya dari melakukan maksiat.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min itu, apabila dia sekali berdosa, tertitik dihatinya dengan satu titikan hitam. Maka apabila dia bertaubat, dia meninggalkan (dari melakukan maksiat), dan meminta ampun, hatinya kembali bersinar dan bersih. Dan jika dosanya semakin bertambah, titik-titik hitam di hatinya kian bertambah. Hatta tertutp semua hatinya. Maka itulah tutupan yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya: Tidak! Malahan tertutup semua hati-hati mereka…”
v.Bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Suruhan ini berdasarkan kepada sepotong hadith: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lama. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari! ”
4.Keji Masa
Sabda Nabi Sallahu ‘alaihi wassalam: “Jangan kamu mengeji masa, kerana masa ialah makhluk Allah.”
Nasihat penyair Arab:
Jangan kita mengeji masa,
Yang keji adalah diri kita,
Setiap masa tiada celaka,
Yang celaka diri kita.
Kita membebel kepada masa,
Masa bukan membawa dosa,
Andai masa boleh berkata,
Nescaya kita dia mendakwa!
Sebagai seorang yang beriman, jika ditimpa dengan perkara yang tidak diingini, sewajarnya dia sendiri menyemak kembali. Janganlah pula masa menjadi mangsa maki hamunnya! Hendaklah dia kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bertaubat serta pohonlah ampun daripada-Nya.
Contoh teladan yang dilakukan oleh Nabi Adam dam Hawa’ semasa mereka berdua dikeluarkan dari syurga:
“…Ya Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami. Dan jika Kamu tidak mengampuni dan mangasihani kami, nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi!”
(Al’A’raf)
Di saat-saat gugurnya beberapa orang para mujahidin di medan pertempuran, lalu beberapa sahabat yang masih hidup berdoa’ kepada Allah:
“Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu hingga menyerah kalah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa’ mereka selain ucapan, “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Kerana itu Allah berikan kepada mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Ali-‘Imran: 147-148)
Sumber: Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim (Pengurusan Masa Menurut Islam), Dr Yusuf Al-Qaradawi
Sudah lama rasanya tidak 'pulang' ke Johor Bahru. Sejak mendaftarkan diri sebagai pelajar UTP yang terletak nun jauh di Perak, saya hanya akan pulang ke sana apabila cuti hari raya atau cuti semester sahaja. Itu pun cuma untuk beberapa hari atau seminggu dua sehinggakan diri ini dilabel sebagai 'orang busy' oleh keluarga dan kawan-kawan lama di sana. Wang dan masa merupakan faktor utama yang menyebabkan saya jarang balik ke rumah. Kos perjalanan mencecah RM100 untuk pergi dan balik. Saya juga terpaksa berkelana selama lebih kurang 8 ke 9 jam untuk sampai ke Stesen Bas Larkin Johor Bahru dari Seri Iskandar, Perak. Sememangnya saya tidak pernah 'keluar' dari Johor sehinggalah berpeluang melanjutkan pengajian di UTP.
Sebagai seorang anak Johor, saya dilahirkan di Batu Pahat. Walau bagaimanapun saya dan adik-beradik saya semua dibesarkan di Johor Bahru. Semasa saya berumur 5 tahun, saya mula bersekolah di Tadika ABIM yang terletak di sekitar kawasan rumah (tidak sampai 5 minit pun perjalanan kaki ke sana). Bersekolah rendah di Sek. Keb. Sri Amar Johor Bahru dan pada masa yang sama saya bersekolah agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor, juga berdekatan dengan rumah (lebih kurang 5 ke 10 minit perjalanan kaki). Selepas darjah 6, saya masuk ke Sek. Men. Keb. Taman Johor Jaya 1, juga terletak di Johor Bahru. Selepas PMR, MARA menawarkan saya untuk bersekolah di MRSM Pontian yang terletak di Benut, Pontian (daerah bersebelahan dengan Johor Bahru). Seterusnya barulah saya berhijrah ke Perak untuk menyambung pengajian.
"Rindunya rumah kat JB...sob3", getus hati kecilku.
Kini kami sekeluarga tidak lagi tinggal di Johor Bahru. Rumah setinggan berdindingkan papan itu kami sewakan kepada orang lain. Bukan disewakan kerana kami berpindah ke rumah baru tetapi kerana tiada lagi orang yang tinggal di sana. Sebelum ini, emak dan bapak tinggal berdua sahaja di rumah yang berusia lebih kurang 27 tahun itu. Saya tinggal di Perak. Ijah pula di Politeknik Pasir Gudang. Abang Adam, Kak Jestin (isteri Abang Adam) dan Abang Jeli tinggal bersama di Sg. Besi kerana bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Memandangkan bapak diserang angin ahmar, emak seorang tidak mampu untuk menjaga bapak di sana. Akhirnya, emak dan bapak dibawa ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama abang-abang saya di Sg. Besi.
Inilah rumah saya...No 38B Jalan Bilal, Kg Melayu Pandan, JB.
Sayu sebenarnya meninggalkan rumah itu. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Hmm...walau sesusah manapun kehidupan kami di rumah kecil ini, namun disinilah tempat saya membesar. Saya tidak berniat untuk menceritakan lebih panjang tentang susah perit kehidupan kami suatu ketika dahulu. Cuma pokok bunga Anthurium yang baru sahaja saya beli di Pocket D beberapa hari yang lepas benar-benar mengingatkan saya akan halaman rumah lama saya yang penuh dengan bunga-bungaan hasil sentuhan bapak. Orang kata tangan bapak 'tangan sejuk', pokok-pokok yang ditanam mudah tumbuh. Hobi bapak ini mencetuskan satu inspirasi dalam diri saya untuk menjadi seorang pereka landskap satu hari nanti (tidak tahu akan tercapai atau tidak...hehe).
"...Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah."
[Al-Hajj:5]
Inilah bunga hati saya...bunganya berbentuk 'LOVE' dan berwarna merah
Sebagai penutup post ini, ingin saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk menjaga pokok bunga Anthurium :
Step 1
Thoroughly water the anthurium once a week, and then let it dry before watering again.
Step 2
Give the anthurium a quarter turn every time you water it. This balances the growth on each side of the planter.
Step 3
While Anthuriums are able to handle dryness around the root ball, they need to be watered thoroughly and allowed to dry slightly before watering again. Allowing the plant to dry out will greatly slow down the growth cycle. Drying out can also cause the tip to burn and root damage, while over watering can also cause root damage and sudden yellowing of leaves.
Step 4
Allow plenty of indirect light indoors. Never place the plant in direct sunlight. In low light, the plant's growth will slow or stop flowering. If you see an anthurium with long, stretching leaves, it means the light is too low.
Step 5
Use a light fertilizer solution, diluted to quarter-strength.
Step 6
Spray water on the foliage, and then wipe carefully to keep your plant clean and pest-free. Wipe the undersides as well. Anthuriums attract the usual indoor plant pests, so keep a watchful eye. If you notice any pests, treat the plant right away.
Step 7
Check the soil regularly to make sure drainage is sufficient. Disease occurs when the water does not drain well. Humidity may cause disease, but well drained soil usually prevents the problem.
Step 8
One common problem with Anthurium plants is that they usually come with gnats. By keeping the plants soil clean from dead foliage and not allowing water to sit in the drain tray. You may also try spraying with a soapy water mixure.
Sumber : 1. http://www.ehow.com/how_2065969_care-handle-anthurium.html 2. http://www.hawaiitropicals.com/anplancar.html 3. http://houseplants-care.blogspot.com/2006/08/anthurium-plant-care.html
Selamat berkebun kepada sesiapa yang baru memiliki pokok bunga terutama kepada Hidayah Zahari (bunga awak tu susah nak jaga tau...) dan encik yang jeles saya beli pokok bunga juga...
Sunyi sungguh UTP pagi ini. Kebanyakan warga kampus telah bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan 1 Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Saya keseorangan. Teman sebilik, Kak Iffatun juga telah menyahut seruan ‘balik kampung’ bersama beberapa sahabat lain selepas Subuh pagi tadi. Tidak sempat untuk bersalaman raya dengan Kak Iffatun kerana saya ketiduran selepas menunaikan solat Subuh. Ingin menunggu sehingga mereka bertolak tetapi mata ini tidak mampu lagi untuk bergerak aktif setelah berjaga sepanjang malam mengajar seorang adik junior subjek Structured Programming. Saya akan menghabiskan hari saya di sini menanti masa untuk pulang ke Batu Pahat jam 8.30 malam ini.
Pejam celik, pejam celik…hampir dua bulan saya melanjutkan pengajian diperingkat sarjana dan selama itu jugalah saya belum lagi kembali ke rumah. Sahabat terdekat sering pulang bertemu dengan keluarga tercinta. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, tetapi diri saya masih lagi immune dengan ‘penyakit rumah’ (baca : homesick). Mungkin sudah terbiasa sejak dari tahun asas lagi. Pulang ke rumah hanya ketika cuti semester sahaja. Terasa juga rindu tetapi bagi saya kerinduan inilah yang bakal menjadikan ’balik kampung’ saya lebih happening dikemudian hari.
Seperti kebiasaannya, setiap tahun saya pasti akan mereka Kad Raya sendiri untuk diberikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi. Lebih touching. Untuk tahun ini, pada mulanya terasa seperti tidak sempat untuk menghasilkan apa-apa memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum mereka pulang bercuti. Mungkin perlu membeli kad raya yang telah sedia ada. Sudah puas membelek-belek kad raya yang dijual disekitar Bandar Universiti dan dalam kampus namun tiada yang berkenan dihati. Alasan: walau secantik mana kad raya tersebut direka, namun kenikmatan ukhuwwah itu memerlukan sesuatu yang lebih ikhlas daripada itu. Akhirnya saya bertekad untuk menyiapkan kad raya sendiri. Biar ringkas asalkan bermakna.
Kad Raya 2009 : Version Muslimin
Kad Raya 2009 : Version Muslimat
Hanya kepada beberapa orang sahaja sempat saya serahkan kad raya ini. Selebihnya…saya hantar melalui emel sahaja dan saya postkan di sini khas untuk para pembaca sekalian. Harap-harap kedatangan kad raya saya ini mampu menzahirkan ketulusan hati saya memohon kemaafan daripada mereka. Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah swt sekalian:
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Mohon maaf atas segala salah dan silap…
Halalkan segala makan minum…
Semoga tarbiyah Ramadhan kali ini mampu menjadi kita insan yang lebih baik…
Thanks and sorry for everything…
Take Care (^___^)...
Buka Mata, Hati dan Minda
-
Assalamualaikum wbt
"Dia menciptakan manusia, mengajarkannya pandai berbicara. Matahari dan
bulan beredar mengikut perhitungan, dan tetumbuhan dan pepohona...
Inilah Tujuan Kita Ditarbiyah
-
Firman Allah Subhanahu Wataala mafhumnya "Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan mendekatkan diri kepadaNya supaya
kamu...
WEEK 3
-
Assalamualaikum WBT
Sekarang ni dah minggu ketiga kuliah. Kejap je rasanya.
Ada lagi 11 minggu untuk habiskan kuliah
Dulu time praktikal, asyik dok kira bi...
Zambri Menang, Rakyat Kalah
-
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Barisan Nasional untuk meraikan
kemenangan Zambry dalam kes mahkamah rampasan kuasa BN Perak hari ini, yang
pastin...
differences make a good combination?
-
*STRENGTH lies in DIFFERENCES not SIMILARITIES *
-Stephen Covey-
[image: Free Signature Generator]
Free Signature Generator
Black & White - Jump Over the Challenges
-
If you ever found the gaps or challenges that stop you to reach the goal..
Don't Worry...
Just Jump It Over...
"I know I can do this..ready!!"
"Lets Go!!"
...
Tsunami at Haeundae, best + tragis
-
Bismillah wal hamdulillah,
Hmm.. kepala saya masih lagi terasa sakit, mungkin kerana terkena panas
matahari sepanjang perjalanan pulang ke kampung da...
intro to HELWI ~baru nk update~
-
Introduction to HELWI berlangsung isnin lepas (1 feb 10), kol 9.15 malam di
LH3. Bermula dgn motivational talk by CEO Suria Horizon, Mr. Hakim
(ex-presid...
Fenomena Mac 08'
-
Assalamualaikum, *'BAHASA JIWA BANGSA'* . Kadangkala betul juga kata-kata,
pepatah atau apa juga slogan yang dari hari ke sehari diperkenalkan untuk
merans...
favourite quote ;)
-
"Before you, my life was like a moonless night. Very dark, but there were
stars—points of light and reason… And then you shot across my sky like a
meteor. ...
khutbah jumaat 5 feb
-
assalamualaikumni bukan ana yang pergi khutbah jumaat,ana copy and paste dari email ditulis oleh izhanoorzitajuk lebih kurang: integriti ulama' dan umara'Ula...
Selamat Pengantin Baru ~AlonG~ =)
-
terima kaseh kpd saudara mara yg dekat yg jauh yg membantu utk majlis ini
memberi ucapan selamat buat pengantin baru
mastermind [yg baju purple]
aku dapat a...
Islam Dan Jahiliyyah (Siri 1)
-
PERHUBUNGAN ANTARA PENDIRIAN DAN TINDAK-LAKU Manusia menghadapi berbagai
permasalahan dalam kehidupannya, tetapi ia tidak dapat menguasai
permasalahan-perm...
1992-2010: Dulu hingga kini
-
Kebelakangan ini, saya banyak terjumpa gambar-gambar lama dalam Facebook.
Beberapa hari lepas, terjumpa gambar2 masa di Maahad Muhammadi Perempuan
(MMP) du...
Open Your Eyes..
-
Look around yourselvesCan't you see this wonderSpreaded infront of youThe clouds floating byThe skies are clear and bluePlanets in the orbitsThe moon and the...
travelog singkat bersama sahabat
-
2.15 petang
Berada di sebelah dewan utama, sambil duduk di bawah pokok. Tangan kanan
memegang air horlicks, tangan kiri memegang plastik berisi keropok lek...
Bila hati ini berbicara..
-
bila hati ini berbicara..
betapa diri ini pnuh dengan dosa,
lalai dengan kehidupan dunia,...
dunia yang penuh tipu daya..
bila hati ini berbicara,
ntah bila...
Blog Bersawang, APe kejAdaHNya meMpuNYai BloG???
-
salam 2010 kawan2 semua...hahah...baru nk update semula blog aku
ni...hahhaa...diz would be d first n d last post for diz sem??? ( dak2
chemi, ingat lagi t...
Satu pagi di sebuah kedai...
-
Sabtu lepas ajak abang breakfast kat luar dengan pergi pantai. Abang suggest
satu kedai makan roti canai yang best katanya. Tempat favourite dia dan
sahaba...
Introduction to Rakan Masjid
-
Special Invitation to All
*Introduction to Rakan Masjid UTP 2009/2010*
*24 Jan 2010 | tonight*
*9.10-11.30 pm*
*Main Hall*
- Taaruf with new line up Raka...
bunga yang cantik
-
sangat suka pic bunga ni....sebab :-
cantik
*segar*
*wangi*
*pink!*
*bunga ni cantik macam bunga....haha..ape aku merepek ni?*
sem 5 dah nak stat......
Kisah Rumaysa..
-
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~ Sila klik pada
gambar komik dan “zoom” untuk dapatkan bacaan yang jelas.Maaf di atas
sebarang k...
In The Name of ALLAH
-
السلام عليكم و رحمة الله وباركاته
At last, there's something for me to update on this blog. Nothing to be
written along this hols though this is one of the...
Komentar: Penggunaan Kalimah Allah
-
Hari ini hari ketiga dalam tahun baru masihi..Apa erti tahun baru bagi
kita?Entah, saya kurang mengerti. Maklum sahaja, saya generasi baru,yang
dididik ...
~: Rakan Masjid dan Masyarakat :~
-
Assalammualaikum wbrt.
Mahasiswa dan masyarakat merupakan satu jalinan yang tidak seharusnya
dipandang enteng oleh mana-mana pihak baik dari kalangan pemim...
Farewell.
-
Saya pernah melampiaskan kekeruhan dan kegelisahan yang membungkam di benak
dada di sini.
Dilema.
Mungkin ini catatan terakhir. Titik noktah ruangan ini.
...
Sunat Tahajjud
-
Tahajjud bermaksud berat kerana amat sukar untuk bangun malam setelah
nyenyak tidur. Asalnya solat tahajjud itu wajib ke atas nabi, kemudian
ditarik bali...
Oh life...
-
Assalamualaikum wbt
Dear readers,
quite late eh...but still let me wish u Slmt Hari Raya Aidil Adha.
Mudah-mudahan dapatlah kita belajar dan ambil peng...
Kapal Perubahan
-
Assalamualaikum warahmatullah dan salam perjuangan. alhamdulillah, ku
merafakkan syukur di atas segala percaturan tuhan Rabbul jalil atas
perjalanan hidup ...
Are we proud with our identity?
-
Bila umur dah semakin dewasa, pemikiran pun harus berfikir lebih positif.
Hari ini, hampir 3 jam lebih dihabiskan untuk mendengar Public Lecture by
Tun Mah...