Thursday, July 15, 2010

Nyawa Bergantung di Hujung Rambut

Salam...

Seluar slek yang tercarik akibat kemalangan petang tadi saya tatap. Masih jelas tergambar bagaimana tayar-tayar besar trailer hijau tadi menghimpit motorsikal kami. Allahurabbi...mujur tayar-tayar itu tidak menggilis tubuh kami berdua. Mujur juga lapisan stokin yang saya pakai cukup tebal  dan panjang untuk melindungi kulit saya daripada menjadi mangsa geselan kenderaan berat itu. Seluar sahaja yang terkesan.

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..."
(Ali-Imran:185)

Saat itu terasa bagai nyawa bergantung dihujung rambut. Ya, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui tanggal, masa dan detik sampainya ajal kita. Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada kami untuk terus hidup, terus berjuang mengumpulkan bekalan menuju ke akhirat. Mungkin ini merupakan teguran Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Syukur sekiranya apa yang berlaku merupakan kifarah dosa. Semoga dosa itu tidak akan mengheret diri ini ke neraka kelak.

Istighfar!


P/s: Kepada my dear pembonceng...maaf atas kelalaian diri ini.


5 comments:

  1. Ya ALLAH..ina..hati2 bawa motor tu..
    ade seorg kakak tu ckp die x suke naik moto sbb umpama daging panggang di tgh jalan..

    ALLAH masih memberi kita peluang untuk hidup..

    ReplyDelete
  2. Wohoho~ sgt menakutkan perumpamaan tu...adeyh...

    Tape kak...insyaAllah doakan semoga Allah sentiasa melindungi kita...

    Mathurat mmg tak le tinggal...jadik perisai sepanjang hari...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selamat..

    ada chef untuk saya smlm=P
    be careful...say no to treler

    ReplyDelete
  4. Ina J, Alhamdulillah awk xpepe. Dh rutin kita penunggang motor, tdedah bahaya. maathurat mmg xleh tinggal kan.

    ReplyDelete
  5. Zila: Tu la dapat jugak makan masakan jawa kan zila kan....

    Kak Faiz: Tu la suke duke penunggang motorsikal...hidup perlu diteruskan...

    ReplyDelete