Kehadiran 19 Januari kali ini diulit kemurungan dan kegelisahan. Presentation master yang baru sahaja berlalu (petang 18 Januari 2010) begitu mengecewakan. This is the worst presentation ever!
"I'm not happy with your presentation!" komen yang diterima sebaik sahaja selesai pembentangan.
Down...
Moody...
Preassure...
Perasaaan bercampur baur sepanjang hari. Namun hati ini sedikit terhibur dengan surprise sambutan hari lahir saya pada malam harinya.
Ana mohon berjuta-juta kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya tidak dapat menzahirkan kegembiraan pada malam itu. Bukan ana tidak berterima kasih dengan sambutan yang antum sediakan cuma mungkin apa yang berlaku sebelum itu agak mengacau-bilaukan perasaan ana. Syukran jazilan yg tidak terhingga kepada antum.
Umur bertambah...amal juga perlu diperbaiki...azam baru sempena ulangtahun ke-23...ingin menjadi puteri akhirat yang sentiasa memperbaiki diri...perkongsian kali ini, saya bawakan petikan yang amat signifikan untuk orang-orang yang semakin bertambah usianya... :) moh muhasabah diri!
Umur manusia adalah antara anugerah Allah SWT yang amat berharga tapi terbatas. Umur atau usia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di akhirat kelak dan dia akan ditanya ke manakah umur itu dipergunakan.
Usia bergerak pergi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain, terus melangkah tanpa tangguh. Setelah usia berlalu, tiada sesiapapun yang dapat melambai dan mengajaknya kembali.
"Apabila umur manusia berjalan pergi, Akhirat melangkah mendatangi manusia..."
Selain itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Akhirat juga bergerak mendatangi manusia. Apabila umur manusia berjalan pergi dan Akhirat melangkah mendatangi manusia, maka ini bererti akan semakin cepatlah pertemuan manusia dengan Akhirat itu.
Ibarat dua orang yang menaiki dua kenderaan yang berbeza dari arah yang bertentangan di jalanraya. Walaupun kedua-duanya bergerak dari jarak yang jauh, namun oleh sebab kedua-duanya bergerak ke arah yang bertentangan, maka lebih cepatlah kenderaan tersebut bertemu.
"Masa adalah usia..."
Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dan alam Akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu. Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja yang tidak menyedari umurnya sedang bergerak pergi dan Akhirat pula kian mendatanginya.
Sumber : Nik Abd Aziz Nik Mat, 71 Nota Kepada Diri : Mengenali Perwatakan Putera-Puteri Dunia, Harakah 2007.
Hadiah dari Kak Suria :)
Assalamu'alaikum, sanah helwah. Moga umur diberkati Allah. Jgn sdey2 atas ape yg t'jadi siang tadi. Ehe, syg akk... -maziah-
Salam. Selamat Hari Lahir ina! Semoga cepat kawin ahaks. Rindu ina sgt2..mmuahh! <3 <3... -Hidayah Hassan-
Slamat hr lahir ina. Smoga pjg umo, murah rzki. Dprmudhkan urusan dunia akhirat. Maaf x dapat celebrate same2.. nk kfc jugak.. B-) -Kak Suria-
Posto...posto...ad kad la..buka la!!
------------
!'--.__.--'!
!----------!
Slmt Hari Lahir K.Ina!! Smge trus sukses dn dbrkti Allah sntiase..stay cute! -Hidayah Zahari-
Salam ulangtahun ke-23. Smga pnjg umur kebaikan & dimurahkan rzki, kekal solehah, ditemukan jodoh yg soleh. Insylh... -Abg Adam-
Happy Birthday. Semoga dpanjangkn umur, murah rezeki, bahagia dan dkurniakan nikmat kesihatan disisi keluarga tercinta. Aminnn. Aminnn. Aminnn... -Wan Hafizah-
, --. .-- ,
, . ,
. x .
.. ..
.
The "x" mark is the spot where u are in my heart! Coz u're one of my friend dat i would never forget..happy birthday ina, may Allah's blessing be with u alwaz n ever! Muahx! -Asnadila-
Selamat hari lahir ina. Semoga sentiasa di bwh lindunganNya slalu =) -Mimie-
Salam. Oh, i'm late.. hehe.. so, wishing u a belated happy birthday :) -Hani-
Slm kak ina. hepi blated :) -Aqilah Mustafa-
Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang diberikan (melalui sms, facebook, email dsb). Love all of u!
“Kita ni…dari foundation sampai dah sambung master…masih lagi buat kerja last minute!” agak terpanah diri ini mendengar kata-kata itu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Lebih kurang jam 4.15 petang 14 Disember 2009, saya dan beberapa sahabat bergegas dari rumah sewa kami di Bandar Universiti menuju ke Pejabat Pasca-siswazah untuk menghantar MSc Symposium ResearchPaper sebelum waktu pejabat berakhir. Research paper kami yang masih hangat dek baru dicetak itu dibawa dengan harapan kami masih berpeluang untuk membaikinya sebelum hari pembentangan yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.
Pensyarah dan rakan sekelas subjek Professional Communication Skills (suatu ketika dahulu)
“Sem depan kita kene start kerja awal! Tak boleh buat last minute lagi...” tersingkap kembali kenangan semasa masih bergelar siswazah.
Kata-kata semangat ini sentiasa diulang-ulang saban semester. Walau bagaimanapun, kebanyakan tugasan akademik disiapkan betul-betul sebelum, pada atau selepas masa yang ditetapkan Bukannya tidak pernah berinisiatif untuk lebih berdisiplin menyiapkan tugasan, tetapi mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan non-academic dan mungkin juga diri ini tidak begitu pandai menguruskan masa!
Pernah juga cuba memulakan tugasan lebih awal, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Tiada mood, tiada idea, tiada semangat dan kerja masih juga tidak dapat dimulakan. Aha~ begitulah kisahnya. Mood, idea dan semangat yang menjadi pemangkin untuk menyiapkan tugasan hanya akan datang bertandang apabila semakin hampir dengan due datenya. Saat itu saya perlu mengerah keringat, mengorbankan masa rehat dan makan, bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan sebaik mungkin dalam masa yang terhad.
Pembelajaran sehari-hari juga begitu. Study week selama seminggu (sebelum minggu peperiksaan bermula) akan digunakan sebaik-baiknya untuk menelaah pelajaran sepanjang satu semester. Walaupun agak tertekan dengan kehadiran minggu peperiksaan tetapi saya sangat gembira! Saya gembira kerana saya seolah-olah menerima kekuatan luar biasa untuk menelaah dan memahami apa yang diajarkan oleh para pensyarah di dalam kelas.
Belajar bersama sahabat-sahabat di IRC (perpustakaan) dikala study week...
Tekanan akibat markah coursework yang rendah meningkatkan lagi semangat untuk meraih markah yang terbaik untuk peperiksaan. Oppss...AWAS! Kadang kala kita mudah terleka dengan persekitaran semasa yang mampu memesongkan niat belajar semata-mata kerana PEPERIKSAAN. Merujuk kembali hadith pertama daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi, mafhumnya secara ringkas…kita akan dapat perkara yang kita niatkan. Begitu juga dengan pembelajaran/pengajian.
Sekiranya kita belajar kerana peperiksaan, kebiasaannya ilmu-ilmu itu tidak akan kekal lama. Kebarangkalian untuk ilmu itu tersimpan lama dalam diri kita mungkin sangat tipis. Bertitik tolak dari perkara inilah, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya memperbaharui niat…pengajian ini bukan untuk peperiksaan semata-mata...tetapi kerana Allah dan Islam.
“Belajar kerana Allah!”
Terasa rugi juga kadang kala kerana tidak pandai membahagikan masa dan terlalu mengikut mood dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam masa lebih kurang 7 hari study week sahaja, pelbagai ilmu dapat difahami sehingga dapat menyediakan diri kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Sekiranya kita manfaatkan satu semester yang diberikan sebaik-baiknya, mungkin lebih banyak ilmu mampu diperolehi. Dan benarlah, sesungguhnya masa itu emas atau lebih signifikan lagi…MASA ITU DUIT!
Awas dari mensia-siakan masa! Ketahuilah faktor-faktor gejala mensia-siakan masa dan sama-samalah kita memuhasabah diri...
Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti!
Faktor gejala MENSIA-SIAKAN MASA:
1.Lalai : Wabak yang melanda manusia hinggakan apa yang berlaku diwaktu siang dan malam sudah tidak menjadi perhatian, luput daripadanya segala ingatan
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai!”
(Al-A’raf : 179)
“…tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka mengetahui hanya yang lahir dari kehidupan dunia. Sedangkan mereka tentang hari akhirat mereka lalai.”
(Ar-Rum: 6-7)
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf: 205)
“…dan janganlah kamu mengikuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaan itu melewati batas.”
(Al-Kahfi: 28)
Doa Sayyidina Abu Bakar:
“Ya Allah! Janganlah biarkan kami dalam kesesatan. Dan janganlah ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.”
Sahlun bin ‘Abdullah berpesan:
Awas dari bersahabat dengan tiga jenis manusia :
i.‘Ulama’ yang munafiq.
ii.Golongan tasawwuf yang jahil.
iii.Pemimpin kejam yang lalai.
2.Tangguh-menangguh: Penyakit yang merbahaya, membantutkan usaha manusia hari ini dan seterusnya.
Abdul Qais berpesan: “Awas dari perkataan ‘Nanti Dulu’…”
Orang lain berkata, “Perkataan ‘Nanti Dulu’ adalah anak cucu iblis.”
Janganlah kamu berlengah dan leka hingga sampai keesokkan harinya. Jika peluang ini kamu tidak rebut, nescaya kami akan menyesal.
Al-Imam Al-Hassan Al-Basri berpesan:
Awas dari tempoh menempoh! Hari besok belum! Jika besok harimu tentu, jadilah esok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini!
3.Gejala Kecuaian
i.Tiada siapa yang boleh menjamin supaya seseorang itu hidup sampai ke hari besok, sedangkan ajal terkadang datang tiba-tiba.
Seorang raja menjemput seorang yang salih ke majlis santapan di raja. Lelaki salih itu menolak jemputan di atas alasan dia berpuasa. Raja menyuruhnya untuk berbuka hari ini dan berpuasa esok. Lelaki itu mempersoalkan raja tesebut, “Kamu boleh memberi jaminan supaya aku dapat hidup sampai besok?”
ii.Jikapun kami dilanjutkan usia ke besok harinya, maka apakah kami terselamat dari penyakit yang datang mendadak, kesibukan yang tiba-tiba, atau terselamat dari malang yang tidak berbau? Dari itu berazamlah untuk menyegerakan kebaikan dan melaksanakan kewajipan.
Dalam suatu wasiat, Rasulullah berpesan kepada seorang lelaki dengan pesanannya di dalam sebuah hadith:
“Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
I.Masa kamu hidup sebelum kamu mati.
II.Masa kamu sihat sebelum kamu sakit.
III.Masa kamu kosong sebelum kamu sibuk.
IV.Masa kamu muda sebelum kamu tua.
V.Masa kamu senang sebelum kamu papa.”
Seorang ulama’ menasihati seorang pemuda, “Bekerjalah sebelum tiba suatu hari yang kamu tidak mampu bekerja. Saya suka bekerja pada hari ini. Tetapi saya tiada upaya!”
iii.Setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat suatu waktupun yang kosong dari tugas-tugasnya.
Apabila kelihatan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz terlalu letih kerana terlalu banyak bertugas, lalu seorang menasihatinya untuk menangguh pekerjaan ini ke hari besok. ‘Umar menjawab “Bagaimanakah pula jika kerja-kerjaku ini terkumpul dalam masa dua hari…!?”
Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu.
Ibnu ‘Ata’ ada menyebut dalam kitabnya ‘Al-Hikam’:
“Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikannya. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?”
iv.Selalu melewat-lewatkan dari beramal-ibadah boleh membawa seseorang itu lama-kelamaan terus tinggal dari beramal. Apabila sifat cuai ini sudah menjadi darah dagingnya, maka sukar pula ditinggalkan.
Seorang yang berdosa, yang tidak segera bertaubat juga boleh menyebabkan dia berterusan melakukan dosa. Hatta sukar pula untuk dia meninggalkannya dari melakukan maksiat.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min itu, apabila dia sekali berdosa, tertitik dihatinya dengan satu titikan hitam. Maka apabila dia bertaubat, dia meninggalkan (dari melakukan maksiat), dan meminta ampun, hatinya kembali bersinar dan bersih. Dan jika dosanya semakin bertambah, titik-titik hitam di hatinya kian bertambah. Hatta tertutp semua hatinya. Maka itulah tutupan yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya: Tidak! Malahan tertutup semua hati-hati mereka…”
v.Bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Suruhan ini berdasarkan kepada sepotong hadith: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lama. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari! ”
4.Keji Masa
Sabda Nabi Sallahu ‘alaihi wassalam: “Jangan kamu mengeji masa, kerana masa ialah makhluk Allah.”
Nasihat penyair Arab:
Jangan kita mengeji masa,
Yang keji adalah diri kita,
Setiap masa tiada celaka,
Yang celaka diri kita.
Kita membebel kepada masa,
Masa bukan membawa dosa,
Andai masa boleh berkata,
Nescaya kita dia mendakwa!
Sebagai seorang yang beriman, jika ditimpa dengan perkara yang tidak diingini, sewajarnya dia sendiri menyemak kembali. Janganlah pula masa menjadi mangsa maki hamunnya! Hendaklah dia kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bertaubat serta pohonlah ampun daripada-Nya.
Contoh teladan yang dilakukan oleh Nabi Adam dam Hawa’ semasa mereka berdua dikeluarkan dari syurga:
“…Ya Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami. Dan jika Kamu tidak mengampuni dan mangasihani kami, nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi!”
(Al’A’raf)
Di saat-saat gugurnya beberapa orang para mujahidin di medan pertempuran, lalu beberapa sahabat yang masih hidup berdoa’ kepada Allah:
“Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu hingga menyerah kalah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa’ mereka selain ucapan, “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Kerana itu Allah berikan kepada mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Ali-‘Imran: 147-148)
Sumber: Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim (Pengurusan Masa Menurut Islam), Dr Yusuf Al-Qaradawi