Wednesday, June 13, 2012

Wanted: Kecekalan Iman dan Istiqamah

"Wahai sahabat...
jika sahabatmu meminta untuk mendoakan dirinya sentiasa istiqamah...
ketahuilah bahawa permintaan itu bukanlah sekadar di bibir...
dilontarkan hanya sebagai hiasan ucapan perpisahan...
sebaliknya...
doa itu adalah bekalan masa hadapan yang perlu dilalui dengan pelbagai ujian dan dugaan...
kumohon...
jangan pernah berhenti berdoa untuk sahabatmu...
kamu tidak akan pernah tahu bila sahabatmu akan diuji dan dapatkah mereka melepasi ujian itu...
kamu tidak akan pernah tahu sejauh mana kecekalan iman sahabatmu dan bila mereka akan menggunakan bekalan doa-doa kamu...
sesungguhnya aku sedang memerlukan bekalan itu tika ini..."


Sunday, April 08, 2012

Buku: Suka Baca atau Suka Beli

Assalamualaikum wbt

Hujung minggu : Hari Jalan-jalan

Seperti biasanya, setiap kali hujung minggu saya akan membawa emak saya berjalan-jalan. Aktiviti ini telah menjadi rutin kami sejak saya bekerja dan tinggal bersama emak di Seri Kembangan. Weekdays sibuk dengan kerja. Saya juga selalu pula pulang ke rumah agak lewat. Bergantung kepada jadual harian. Jika saya tidak bekerja overtime, selalunya aktiviti selepas kerja adalah meeting, usrah, ceramah atau program. Jadi, hujung minggu saya luangkan sedikit masa untuk keluarga.

Destinasi kami kali ini adalah Alamanda. Kerap juga kami pergi ke Alamanda sebenarnya. Kami selesa untuk membeli-belah di sana oleh sebab jaraknya yang agak dekat dengan kawasan rumah kami dan mudah untuk mencari barang di sana. Kadang-kala kami pergi juga ke The Mines. Jarak The Mines dengan rumah kami sebenarnya lebih hampir. Namun, biasanya saya/kami akan ke sana jika mahu membeli atau memerlukan perkhidmatan untuk gajet seperti komputer, printer atau smartphone (baru dibeli lebih kurang 2 bulan yang lalu).

Perempuan selalu dikaitkan dengan shopping bukan? Saya rasa saya juga tidak terkecuali dalam golongan ini. Membeli-belah untuk keperluan rumah (of course!), kasut, handbag, aksesori wanita, baju, dan tudung bagi saya merupakan perkara biasa bagi seorang wanita. Saya membeli untuk keperluan dan kadang-kala untuk kehendak juga namun alhamdulillah masih terkawal dan semoga terus terkawal. Kebiasaanya saya hanya akan pergi ke kedai atau shopping mall apabila ada keperluan sahaja. Saya akan senaraikan dahulu barang yang ingin di beli dan mengira bajet yang diperlukan.


Harus Kedai Buku

Setiap kali saya pergi ke shopping mall, mata dan kaki ini pasti tidak ketinggalan untuk singgah ke mana-mana kedai buku yang ada. Harus! Minat kepada buku bermula sejak di universiti (sebelum itu saya memang tidak gemar membaca atau membeli buku). Sejak itu juga saya menjadi pengunjung setia kedai buku. Sewaktu praktikal saya membeli sebuah rak buku kecil 3 tingkat untuk meletakkan koleksi buku saya. It is my first personal library. Just a mini library.

Semakin hari semakin bertambah koleksi buku saya. Sahabat-sahabat di universiti ada juga yang meminjam buku-buku saya. Saya rekodnya pinjaman mereka supaya tidak ada yang hilang tanpa dikesan. Menjadi pustakawan di perpustakaan sendiri. Dalam koleksi buku saya, kebanyakannya adalah buku fikrah, personaliti, psikologi, kesihatan, kepimpinan, kewangan, isu semasa, sedikit buku sejarah, buku akademik dan beberapa buah novel. Saya jarang membeli novel apatah lagi novel cinta. Novel dibeli hanya apabila ada saranan daripada sahabat. 

Setelah bekerja dan berkemampuan, kini saya memiliki sebuah rak besar 6 tingkat untuk meletakkan koleksi buku saya. Dengan rak 6 tingkat itu pun masih ada lagi buku yang terpaksa disimpan di dalam kotak. Tidak cukup! Antara soalan yang selalu diajukan kepada saya apabila ada yang melihat buku-buku itu ialah "Awak baca ke semua buku-buku ni?" atau "Awak ni suka baca buku ke suka beli buku?". Jujur saya katakan banyak lagi buku-buku yang saya beli masih belum dibaca. Untuk soalan kedua, saya sendiri terfikir, "Adakah saya jenis manusia yang suka membaca buku atau sekadar suka membeli buku?"

Perpustakaan peribadi 6 tingkat

Suka Membaca vs Suka Membeli Buku

"Wujudkan manusia di muka bumi ini yang hanya sekadar suka membeli buku tetapi tidak suka membaca?", diri ini tertanya-tanya. Secara logiknya, pasti orang yang minat membaca suka membeli buku dan bukan sebaliknya. Sekiranya wujud wallahua'lam. Ilmu Allah itu luas. Saban hari pasti ada ilmu-ilmu Allah yang dibukukan dan diterbitkan. Buku yang sedia ada di pasaran juga sudah sangat banyak. Mungkin kerana saya tidak mahu terlepas ilmu-ilmu yang terhidang di hadapan mata, maka saya akan pastikan saya mengambil peluang untuk membelinya dahulu. Baca  kemudian. Belum sempat sebuah buku habis dibaca, muncul lagi beberapa buah buku baru dalam koleksi. 

Buku yang sedang dibaca

Bagi saya, walaupun saya tidak sempat dan tidak mampu untuk membaca kesemuanya, namun di dalam helaian setiap buku tertulis ilmu yang tidak ada tarikh luput. Walaupun isinya mungkin outdated jika dibaca kemudian atau tertulis perkara-perkara lama yang telah lama berlalu dan lapuk ditinggal zaman, ia tetap berguna. Sebagaimana sejarah, kita dapat hidup dengan lebih baik pada masa kini kerana kita mengambil iktibar dan pengalaman daripada sejarah bukan? Ambil masa juga hendak membaca kesemuanya. Tetapi tidak mengapa, tidak rugi membeli ilmu. Jika tidak dapat di hadam hari ini, insyaAllah hari esok masih ada. Mungkin pada masa akan datang, orang lain pula yang memerlukannya. Itu gunanya perpustakaan!

Anyway, menuntut ilmu itu kan proses sepanjang hayat. Jadi tidak timbullah isu suka membaca atau suka membeli. Buku yang penuh ilmu tetap mampu memberi manfaat. Cuma menunggu orang untuk mengambil manfaat itu sahaja.

P/s: Satu lagi kelebihan beli buku -> boleh claim cukai pendapatan!  






  


Friday, January 06, 2012

Ketidakpastian Masa Hadapan

Salam'alaik

Kadang-kala manusia terlalu risau akan masa hadapan terutama tentang rezeki dan jodoh. Ya, masa hadapan adalah sesuatu yang penuh dengan kebarangkalian dan ketidakpastian. Kita merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Bersangka-baiklah dengan Allah. Yakinlah...apa juga yang Allah sediakan untuk kita adalah yang terbaik dan dikurniakan pada waktu, ketika dan detik yang tepat. Jangan pernah putus harapan. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah knows BEST!

Hakcipta terpelihara~

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 29:69