Setiap kali merancang untuk berkongsi hadiah sempena perkahwinan sahabat, cadangan untuk memberikan Coffee Maker pasti akan ada. Setiap kali itu jugalah orang yang sama akan mencadangkannya. Sehingga ada diantara kami yang membuat kesimpulan, akan datang...tiba walimahnya kelak, Coffee Maker akan menjadi calon hadiah utama. Namun sayang seribu kali sayang, pada 30 Oktober 2011 tempoh hari, kami tidak sempat untuk singgah membeli Coffee Maker sebagai hadiah perkahwinan sahabat yang seorang ini. Kehadiran kami sahaja yang mampu dihadiahkan. Tahniah kepada Ariff Shah dan pasangannya, Maziah. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan dunia akhirat kepada mereka. Aminn.