Sunday, October 09, 2011

Lama Tidak Bererti Lapuk

Khazanah yg masih disimpan dan digunakan hingga kini. Lama tidak bererti lapuk!

Beg kecil ini dijahit sendiri suatu masa dahulu...sewaktu zaman persekolahan. Dihasilkan daripada seluar jeans dengan mengambil sulaman dan corak pada bahagian paha seluar untuk dijadikan bahagian hadapan  beg. Masih digunakan sehingga kini.

Beg ini juga dijahit sendiri sewaktu tingkatan 2 dahulu. Bahagian beg itu sendiri adalah potongan mini overall skirt yang dijahit bahagian bawahnya. Jika dilihat, bahagian butang pada belah kiri dan kanan beg itu adalah bahagian pinggang overall tersebut. Tangkainya ditambah daripada kain lain. Masih dalam keadaan baik dan digunakan sehingga kini.

Beg ini pula dibeli di KB Mall Kelantan pada akhir tahun 2005. Dibeli bersama-sama seorang sahabat, Ziana Syamimi yang tinggal di Bachok Kelantan. Sebenarnya bahagian hadapan beg ini tertera jenama yang agak terkenal tetapi tulisan jenama itu telah ditindih dengan kain bercorak pink di atas. Seseorang menegur supaya tidak memakai beg ini kerana jenamanya mempunyai produk lain seperti pakaian yang tidak menepati syariat Islam. Oleh kerana beg ini baru sahaja dibeli sewaktu orang itu menegur, tidak akanlah hendak dibuang pula. Jadi, inilah hasilnya.

Ini pula adalah kotak pensil yang dibuat sendiri daripada sebuah kotak kasut. Panjang kotak ini cukup untuk memuatkan saiz standard sebatang pensil / pen. Kotak pensil ini mula digunakan semasa saya berada di sekolah menengah lagi. Alat-alat tulis didalamnya disimpan sejak sekolah dan yang masih boleh digunakan akan tetap berada disitu. Sejak SPM sehingga kini saya tidak pernah membeli pensil kayu kerana kotak ini masih menyimpan pensil-pensil kayu yang tidak habis-habis digunakan. Kotak pensil ini dan isinya masih lagi digunakan sehingga kini.

Ini adalah kotak menjahit saya. Mengitar semula kotak kurma yang dibeli semasa bulan Ramadhan tahun satu di UTP daripada seseorang yang kini menjadi sahabat baik saya, kotak ini digunakan untuk menyimpan alat-alat menjahit asas. Masih digunakan sehingga kini.


Telefon bimbit pertama saya. Diberikan oleh keluarga semasa baru menjadi pelajar universiti dulu. Walaupun masih elok tetapi telefon ini tidak lagi digunakan kerana tidak dapat menyimpan banyak nombor dan sms.

Hanger! Penyangkut baju ini dibeli sejak pertama kali tinggal di asrama MRSM Pontian semasa di tingkatan 4 dahulu. Walaupun bilangannya sedikit berkurangan akibat rosak dan hilang tetapi 17 daripada 20 masih digunakan.

Fail Siti ZareenaH. Fail ini digunakan sewaktu menengah rendah lagi. Masih digunakan sehingga kini dan kertas yang dijadikan cover fail ini juga masih dikekalkan. Kertas cover itu diambil daripada majalah PC dan ditampal dengan keratan perkataan S, I, T, I, Z, areena serta H. Gambar kartun perempuan diatas diambil daripada majalah GEMPAK dan matahari itu pula diambil daripada keratan akhbar. 


Kalkulator Casio ini mula digunakan sewaktu tingkatan 5 dahulu. Pelekat di atasnya itu adalah pelekat meja peperiksaan percubaan SPM. Pelekat nama dan no student 03432 yang berwarna kuning juga masih dalam keadaan baik. Kalkulator ini masih digunakan sehingga kini dan baterinya masih belum pernah ditukar!

Dua buah thumbdrive ini dimiliki sejak tahun asas di UTP. Thumbdrive yang berloceng itu adalah pemberian abang dan masih lagi digunakan. Yang satu lagi jtu dibeli sendiri tetapi telah rosak.

Kamus ini dibeli pada tahun 2005 di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Resitnya juga masih disimpan baik. Kamus ini masih digunakan sehingga kini.


Dua gambar di atas ini adalah helaian-helaian kertasyang menyimpan tarikh hari lahir sahabat/kawan/teman sejak dari sekolah rendah. Juga masih disimpan hingga kini. 

Nota: Latar belakang kesemua gambar di atas adalah alas lantai (baca: carpet) bersaiz lebih kurang 1x0.5 meter yang dibeli di Plaza Angsana dan digunakan sejak tahun 2006 sewaktu tinggal di Village 2 UTP. Masih dalam keadaan baik dan digunakan hingga kini.


^______^
Mode: Santai~

Hurt

Being ignored and disregarded by a close friend without knowing the reason is somehow hurting me so much...


No matter what reason it is...my prayer for your success and happiness would always be there as I owe you one and I would never forget it.

So sorry

"Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati"