Salam'alaik...
Renewing blog template...
Still under Construction...
Sorry for the inconvinient...
Wallahua'lam
Tuesday, September 22, 2009
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri : Mohon Maaf atas Segala Salah dan Silap
Salam'alaik...
Wallahua'lam
Sunyi sungguh UTP pagi ini. Kebanyakan warga kampus telah bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan 1 Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Saya keseorangan. Teman sebilik, Kak Iffatun juga telah menyahut seruan ‘balik kampung’ bersama beberapa sahabat lain selepas Subuh pagi tadi. Tidak sempat untuk bersalaman raya dengan Kak Iffatun kerana saya ketiduran selepas menunaikan solat Subuh. Ingin menunggu sehingga mereka bertolak tetapi mata ini tidak mampu lagi untuk bergerak aktif setelah berjaga sepanjang malam mengajar seorang adik junior subjek Structured Programming. Saya akan menghabiskan hari saya di sini menanti masa untuk pulang ke Batu Pahat jam 8.30 malam ini.
Pejam celik, pejam celik…hampir dua bulan saya melanjutkan pengajian diperingkat sarjana dan selama itu jugalah saya belum lagi kembali ke rumah. Sahabat terdekat sering pulang bertemu dengan keluarga tercinta. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, tetapi diri saya masih lagi immune dengan ‘penyakit rumah’ (baca : homesick). Mungkin sudah terbiasa sejak dari tahun asas lagi. Pulang ke rumah hanya ketika cuti semester sahaja. Terasa juga rindu tetapi bagi saya kerinduan inilah yang bakal menjadikan ’balik kampung’ saya lebih happening di kemudian hari.
Seperti kebiasaannya, setiap tahun saya pasti akan mereka Kad Raya sendiri untuk diberikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi. Lebih touching. Untuk tahun ini, pada mulanya terasa seperti tidak sempat untuk menghasilkan apa-apa memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum mereka pulang bercuti. Mungkin perlu membeli kad raya yang telah sedia ada. Sudah puas membelek-belek kad raya yang dijual disekitar Bandar Universiti dan dalam kampus namun tiada yang berkenan dihati. Alasan: walau secantik mana kad raya tersebut direka, namun kenikmatan ukhuwwah itu memerlukan sesuatu yang lebih ikhlas daripada itu. Akhirnya saya bertekad untuk menyiapkan kad raya sendiri. Biar ringkas asalkan bermakna.
Kad Raya 2009 : Version Muslimin
Kad Raya 2009 : Version Muslimat
Hanya kepada beberapa orang sahaja sempat saya serahkan kad raya ini. Selebihnya…saya hantar melalui emel sahaja dan saya postkan di sini khas untuk para pembaca sekalian. Harap-harap kedatangan kad raya saya ini mampu menzahirkan ketulusan hati saya memohon kemaafan daripada mereka. Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah swt sekalian:
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Mohon maaf atas segala salah dan silap…
Halalkan segala makan minum…
Semoga tarbiyah Ramadhan kali ini mampu menjadi kita insan yang lebih baik…
Thanks and sorry for everything…
Take Care (^___^)...
Subscribe to:
Posts (Atom)