Monday, March 23, 2009

Tidak Pernah Tua untuk Bertaubat

Salam’alaik…

Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu saya dan keluarga telah pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor seperti biasa. Walaupun perayaan ini tidak begitu diraikan dalam keluarga saya namun kami tetap pulang sebagai mensyukuri salah satu nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Kebiasaannya, kenduri untuk arwah ja’ie (panggila untuk datuk dalam bahasa Jawa) akan diadakan setiap kali Hari Raya Aidiladha kerana arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari mulia ini beberapa tahun yang lepas tetapi kerana ibu saudara dan bapa saudara saya (yang tinggal di kampung) sedang mengerjakan ibadah haji, maka kenduri tersebut ditangguhkan sehingga mereka pulang nanti (ingin diadakan kenduri arwah dan kenduri kesyukuran sekali gus).

Kami tiba di sana sehari sebelum hari raya supaya dapat membantu persiapan menyambut perayaan ini. Oleh kerana sudah ramai ibu-ibu saudara dan nenek-nenek yang membantu kerja-kerja dapur, saya hanya memerhatikan sahaja dari jauh. Menunggu sekiranya khidmat saya diperlukan. Bukan apa…tidak mahu mengganggu kemeriahan yang telah sedia ada. Hidangan yang disediakan sama seperti hidangan Hari Raya Aidilfitri seperti lepat, lontong, kuah lodeh dan ayam masak merah. Dalam banyak-banyak hidangan ini, makanan kegemaran saya ialah lepat yang diperbuat daripada pulut, kepala dan ubat mi. Saya pasti tidak ramai yang tahu tentang makanan ini dan mungkin orang-orang yang berketurunan Jawa sahaja yang tahu dan pernah menjamahnya.

Teringin juga hendak membawa sedikit untuk sahabat-sahabat di kampus tetapi oleh kerana makanan ini agak leceh untuk dibuat dan hanya boleh bertahan lebih kurang tiga hari, jadi agak sukar juga untuk dibawa dari Johor ke Perak. Perlu menunggu sahabat-sahabat datang ke Johor agaknya.

Pada pagi hari raya, hujan turun dengan lebat. Saudara-saudara saya yang lelaki sibuk menyiapkan diri untuk solat Hari Raya Aidiladha. Saya juga tidak melepaskan peluang yang hanya datang sekali dalam setahun ini. Saya kagum dengan kesungguhan nya’ie (panggilan untuk nenek dalam bahasa Jawa) saya yang juga ikut bersama-sama kami. Usianya lebih kurang 90 tahun tetapi masih gagah untuk melakukan ibadah sunat ini.

Kehadiran muslimat ke Masjid Lorong 4, Parit Kg. Baru Sri Gading ini tidaklah seramai yang hadir untuk solat Hari Raya Aidilfitri (mungkin juga disebabkan oleh hujan yang turun dengan lebat pada pagi itu). ‘Trend’ yang berlaku di kampung ini ialah kebanyakan jemaah muslimat yang hadir ke masjid terdiri daripada orang-orang yang sudah berumur (saya pasti trend ini juga berlaku di tempat lain). Sedikit sekali bilangan muslimat muda yang datang. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan saya hidayah untuk merasai nikmat solat sunat ini. Sebagai seorang muslimat, jarang-jarang sekali berpeluang mendengar khutbah di masjid.

Terdetik juga dalam hati, “Adakah aku perlu tunggu tua untuk aku lakukan ibadah seperti ini?”

“ Adakah aku perlu tunggu tua, baru hendak sibuk memperbanyakkan ibadah?”

“Adakah aku perlu tunggu tua baru hendak bertaubat?”

“ Sempatkah aku tua?”

Sempatkah aku tua? Persoalan yang sungguh menginsafkan. Melihatkan mak cik-mak cik dan nenek-nenek yang jalan terhinjut-hinjut menuju ke masjid, terpaksa duduk untuk mengerjakan solat, terpaksa menahan kesakitan sendi-sendi terutamanya di lutut semasa rukuk dan sujud, bacaan yang kadang-kadang kurang tepat dan pelbagai kesukaran lainnya menyebabkan saya sedar. Sedar yang sebenarnya waktu mudalah waktu yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah. Dengan aqal yang masih waras, ingatan yang masih tajam, jasad yang masih bertenaga dan tulang-temulang serta sendi-sendi yang masih kuat, kita dapat melakukan ibadah dengan lebih berkualiti.

Hari Raya Aidiladha ini juga menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim. Sanak-saudara pulang ke kampung membawa anak masing-masing menjadikan rumah usang ini kembali ceria. Walaupun hanya untuk sehari-dua namun ia mampu mengubat kerinduan nya’ie terhadap anak-cucunya. Saudara-saudara yang berhampiran turut datang melawat, memeriahkan lagi hari raya kali ini. Ramai juga sanak-saudara yang pulang semula ke rumah masing-masing apabila petang 10 Zulhijjah 1429 menjelang. Tidak dapat cuti. Begitu juga dengan keluarga saya. Tetapi saya tidak ikut pulang ke Johor Bahru kerana ada perancangan lain yang memerlukan saya untuk berada lebih lama di Batu Pahat sebelum ke destinasi seterusnya. Akhirnya rumah usang ini, kembali sunyi. Tinggallah nya’ie, nya’ie Timah, Wak Jarrah (Wak ialah panggilan untuk pangkat mak cik atau pak cik dalam bahasa Jawa) dan saya.

Hampir seminggu saya tinggal bersama mereka di kampung sementara menunggu hari untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Banyak perkara yang saya belajar apabila tinggal bersama mereka. Saya dapat menelusuri perjalanan hidup sebagai orang tua. Mungkin inilah hidup yang saya akan alami kelak. Apabila bangun pagi, mereka memasak untuk sarapan pagi, apabila matahari sudah naik, mereka memasak untuk tengah hari pula, lauk-pauk tengah hari dipanaskan untuk makan malam, makan ubat apabila tiba masanya dan waktu senggang dipenuhi dengan berbual sesama sendiri. Perbualan yang ringan seperti ayam belaan, kucing, sanak-saudara, banjir, orang-orang yang lalu-lalang di hadapan rumah dan sebagainya. Sekiranya ada yang tidak kena pada mata mereka, terpaksa jugalah menahan telinga mendengar leteran. Sebenarnya leteran itulah nasihat yang berguna untuk orang-orang muda seperti saya (Hehe..)

Begitulah kehidupan yang mereka lalui setaip hari. Saya dapat merasakan kekosongan yang ada dalam kehidupan yang sterotaip seperti ini. Setiap hari melakukan perkara yang sama. Hidup sekadar menghabiskan sisa usia yang berbaki. Semoga di hari tua saya nanti, hidup saya tidak seperti itu. Semoga saya masih mampu untuk berjuang di jalan Allah hingga ke hujung usia…Amin. Namun…dalam kekosongan yang ada, mereka sebenarnya penuh dengan pengalaman. Mereka lebih ‘makan garam’ dengan kehidupan dunia ini. Banyak perkara yang saya pelajari dari mereka dalam beberapa hari kami tinggal barsama seperti bahasa Jawa yang masih menjadi bahasa pertuturan mereka, masakan-masakan kampung yang ringkas tetapi menyelerakan, nilai-nilai kehidupan sebagai seorang Melayu dan banyak lagi.

Seronok memerhatikan gelagat mereka sehari-hari. COMEL…Antara makhluk yang paling comel dalam dunia ini ialah kanak-kanak dan orang tua. Walaupun ada sahabat yang tidak pelik dengan kenyataan saya ini, tetapi inilah pandangan subjektif saya terhadap mereka, makhluk ciptaan Allah. Walau apa pun, saya amat menghargai masa-masa bersama nya’ie, nya’ie Timah dan Wak Jarrah kerana secara tidak langsung mereka telah menyedarkan saya untuk lebih menghargai masa muda dan bersedia untuk hari tua kelak. Pengajaran yang paling penting ialah tidak menunggu masa tua untuk memperbanyakkan ibadah dan bertaubat kerana kita tidak pernah tua untuk bertaubat!

Monday, October 20, 2008

Pasangan Cinta : Ramadhan & Khadijah

Selamat Pengantin Baru kepada Kak Khadijah dan suami, Ustaz Ramadhan Fitri...

Raja sehari bersama sahabiah-sahabiah dari KL


Semoga semakin murah rezeki dan dipermudahkan urusan antum...

Lagu dibawah Ina dedicate khas utk akk...(^^)



Ketika Dua Hati Menyatu

Artist: Seismic


Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa


Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia
Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia
When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless


When life in love and try
When life in love and pray
Just be the sunshine in the morning day


Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray
Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray


Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray..

Thursday, October 16, 2008

The World without ENGINEERS

World without MECHANICAL Engineers

World without ELECTRONICS Engineers


World without COMPUTER Engineers


World without COMMUNICATION Engineers



World without CIVIL Engineers




World without AERONAUTICAL Engineers
TECHNOLOGIES are created by ENGINEERS
and
ENGINEERS are created by ALLAH...
How about World without
ni'mat and rahmah from
ALLAH??
A matter to be pondered upon...


Tuesday, October 14, 2008

Manisnya TAWAKAL



"Eh, Wana..nk hantar assignment ke?", sapaku pada Hazwana, ex-housemateku sejurus tiba di hadapan pejabat pensyarah Computer and Information Science Blok 2.
"Aah...baru nk hntr assignment. Due die seminggu yang lepas...", Wana menjawab sambil mengintai-ngintai pigeon hole pensyarah untuk subjek assignment berkenaan.
"Same la...Ina patutnye kene hantar Take Home Test nih semalam...cuak plak nk hantar...nk hntr direct ke ek?" aku berfikir panjang untuk menyerahkan sendiri Take Home Test Distributed Computing tersebut pada Mz. Nazleeni Dengan pantas Wana masuk ke dalam pejabat pensyarah apabila pintu utama pejabat dibuka dari dalam. Aku mengikut dari belakang sambil mencari-cari pejabat Mz. Nazleeni.

"Ramainye orang dalam pejabat Mz Nazleeni...camne nk hantar nih...", desus hatiku. Mz Malina, pensyarah Business Application Programming 1 keluar dari pejabat itu sambil tersenyum. Pensyarah kecik molek ini memang lincah orangnya.

Aku mengetuk pintu kaca pejabat Mz. Nazleeni setelah Mz. Mazlina masuk ke pejabatnya.

"Mz, saya nk hantar Take Home Test nih...tak sempat nak hantar semalam...".

"Owh...awak letak je la dekat sini...", Mz. Nazleeni menjawab dengan begitu mesra.

"Owh..ok...", jawabku ringkas sambil menghulurkan kertas Take Home Test yang baru sahaja disiapkan beberapa minit yang lalu.

Begitu mudah pensyarah itu menerima tugasan yang sepatutnya dihantar semalam. Tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan tersebut agak panjang tetapi mungkin disebabkan diri ini terlalu sibuk dan kurang bijak mengatur masa, tugasan ini tidak dapat disiapkan mengikut masa yang sepatutnya.

Sepanjang perjalanan ke kelas Software Testing and Reliability (STR), fikiranku melayang jauh. Semalam aku terlalu sibuk menyiapkan satu projek dan dua assignment STR yang perlu dihantar semasa Lab STR jam 2 petang. Semalam juga adalah hari terakhir utk membuat persiapan Malam Manifesto MPP untuk fan club Amir Hamzah.

Walaupun badan ini terlalu letih menghadapi hari-hari yang sibuk sepanjang minggu, tetapi tetap kukuatkan semangat ini demi sahabat-sahabat dan adik-adik untuk menyiapkan kad-kad huruf dan wording motto untuk Amir Hamzah.

Usai urusan tersebut, aku terlelap tanpa menyiapkan Take Home Test Distributed Computing yang dirancang untuk dihantar pada awal pagi keesokan hari. Hmm...memang Allah mempermudahkan urusanku. Take Home Test itu diterima oleh pensyarah tanpa banyak soal. Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku. Terasa manisnya meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakal pada Tuhan sekalian alam.

Dari jauh kulihat kawan-kawanku sedang menunggu untuk masuk ke kelas.

"Dr. Azween tak masuk lg rupenye...", aku menuju ke tempat Wardah dan Hidayah menunggu sambil tersenyum.

Terima kasih ya Allah.

-Seseorang dengan sesuatu-




Tuesday, October 07, 2008

Kasut dan Isteri



“Alhamdulillah...sampai jugak kita kat JPJ nih...”, ujarku sejurus turun dari WRA 7176, motorsikal milik Wardah . Kebas kaki semasa berjalan menuju ke Pejabat Pembaharuan Lesen. Seperti biasa, tulang-tulangku akan berbisa apabila terkene getaran dan hentakan yang kuat. Wardah ingin menukar lesen P ke lesen Kompeten dan aku pula mahu memperbaharui lesen L.

“Bilalah nak amik test nih? Ish ish ish...”, aku bermonolog sendiri. Selesai urusan di JPJ, kami bergegas ke Jaya Jusco yang berdekatan. Dengan niat untuk memiliki sepasang kasut baru, Wardah menemaniku dari satu kedai ke kedai yang lain untuk mencari kasut pilihan hatiku.

Teringat aku pada satu pertanyaan abang sulungku, Adam satu ketika dahulu, “ Kalau kau nak beli kasut, kau nak beli kat kedai runcit yang jual kasut ke kat kedai kasut?”.

“Hmm...kalau Ina, Ina beli kat kedai kasut la. Sebab kat kedai kasut kualitinya terjamin sket”, aku menjawab.

Sebenarnya itu adalah satu analogi untuk memilih seorang isteri. Abangku membandingkan perempuan yang hidup di persekitaran yang baik dengan perempuan yang hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai dari segi agama, budaya, ragam dan sebagainya.

Perempuan yang hidup di persekitaran yang baik, biah solehah diibaratkan seperti kasut yang dijual di kedai kasut . Kasut di kedai runcit menjadi simbol bagi jenis perempuan yang kedua. Tidak semestinya perempuan yang hidup dalam biah solehah, seorang yang berkualiti dan tidak semestinya perempuan yang hidup dalam masyarakat sosial tidak berkualiti. Yang penting kita perlu pandai menilai.

“Sampai hati die bandingkan perempuan dengan kasut...ape la...”, hatiku berkata. Sejak dari hari itu mindaku telah ‘diprogramkan’ yang lelaki memang suka buat analogi.

Sudah hampir semua kedai kasut kami singgah namun tiada yang menarik hati. Kalau ada pun, tiada saiz pula. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang menarik dari luar cermin kedai POPULAR. Buku berkulit putih dangan tajuk Aura Personaliti Warna.

Aku mengajak Wardah masuk ke kedai buku itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus membeli buku tersebut. Akhirnya wang yang diperuntukan untuk membeli kasut telah kubelanjakan utk membeli buku dan beberapa barang lain.

“Tape la...tunggu kasut nih rosak dulu la...baru beli yang lain”, kataku pada Wardah sambil menuding pada kasut SACHS yang sudah sedikit rosak walaupun baru beberapa bulan digunakan.

P/S: InsyaAllah...utk post akan datang, saya akan berkongsi ilmu yang saya dapat dari buku Aura Personaliti Warna yang baru dibeli tu...

-Seseorang dengan Sesuatu-

Saturday, September 27, 2008

Menyahut Seruan...

Salam'alaik...

Alhamdulillah...akhirnya saya mendapat kembali 'the spirit of blogging'. Buat kesekian kalinya, dapat juga saya mengaktifkan kembali alfarashah.blogspot.com ni - post terakhir adalah pada bulan Ogos 2007, setahun yg lalu. Kepada sahabat-sahabat lama menunggu...kini saya sudah menyahut seruan anda!

Blog ini masih dalam pembaikan...wajah baru in progress - harapnya usaha ini tak terhenti pada post nih sahaja :P.

Sekian dahulu utk kali nih...Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... (^^)

-Seseorang dengan Sesuatu
-

Thursday, August 02, 2007

Roda Kereta Firaun ditemukan di Laut Merah
Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya?
Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita semak tulisan dibawah ini.

Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmuseum.com/ron-wyatt.htm ) pada akhir tahun 1988 silam menyatakan bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.




Penemuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahawa sisa tulang-belulang itu merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di Laut Merah. Dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang-belulang yang berhasil ditemukan,memang benar bahwa adanya struktur dan kandungan beberapa tulang yang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, di mana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama. Selain itu, ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan, yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga kini bentuk aslinya sangat sulit untuk di lihat secara jelas.

Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Di antara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun.



Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas,

Pada bahagian peta yang dilingkari (lingkaran merah), menurut para ahli kira-kira di situlah lokasi di mana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat.

Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter. Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).
Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konsisten 30 meter/saat (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa.
SUBHANALLAH...
-s0mebody with something-

Monday, July 09, 2007

Suka tapi Dosa...

Sekiranya kita berbicara tentang 'suka' atau 'favourite', saya pasti terlalu banyak perkara yang menjadi kesukaan kita...terlalu banyak...tidak kurang juga dengan lawannya...kadang kala terlalu banyak pula perkara yang kita tidak suka...

Namun, apakah signifikannya Allah Taala menciptakan perasaan ini?

Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia...Dalam setiap ciptaan-Nya pasti tersirat hikmah yang kita mungkin tidak sedar...

Saya tidak berniat untuk berbicara lanjut tentang hikmah perasaan ini diwujudkan dalam jiwa seorang hamba...setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan serta akal untuk berfikir...fikir-fikirkanlah...insyaAllah anda sendiri dapat menguraikan persoalan tersebut...

Suka tapi dosa...hmm...tidak semua perkara yang kita suka adalah baik untuk kita dan tidak semestinya segala yang kita tidak suka adalah tidak baik untuk kita...

Di situlah perlunya kita menggunakan akal dan ilmu yang telah dikurniakan untuk menilai...Alhamdulillah....Allah masih mengurniakan akal yang waras untuk bertindak bijak...

Antara 'suka' yang memenuhi hawa nafsu dengan menjauhi perbuatan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan daripada Allah...mana satukah yang akan menjadi pilihan?

Hawa nafsu merupakan salah satu musuh yang dapat menewaskan seorang daie...apatah lagi seorang manusia biasa...Berbaloikah kita dengan mengorbankan akhirat yang kekal abadi dengan memenuhi hawa nafsu terhadap dunia yang sementara?

Dunia ini hanyalah persinggahaan...entah esok atau lusa...atau mungkin beberapa saat lagi...atau mungkin sekarang...malaikat pencabut nyawa akan datang melaksanakan tanggungjawabnya terhadap kita...

BERSEDIA!!!

Maaf kepada nasfu...
Aku mencintai penciptaku dan penciptamu...
Aku akan lebih mencintai penciptaku dan penciptamu...
Allahu Akbar!

-Seseorang dengan sesuatu-

Saturday, May 19, 2007

A Banana a Day Keeps the Doctor Away

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



After reading this, you'll never look at a banana in the same way again.

Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

PMS:
Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia:
High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Brain Power:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight :
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

Smoking &Tobacco Use:
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in The New England Journal of Medicine, eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A banana a day keeps the doctor away!"

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Amazing fruit !
Sekadar berkongsi...
-Seseorang dengan sesuatu-
Jiwa Mandiri Kunci Harga Diri
Oleh : KH Abdullah Gymnastiar.

Dunia ini hanyalah milik orang yang bersikap berani. Kejayaan, kebahagiaan dan kehormatan sejati pastinya milik orang yang berani. Orang yang pengecut tidak akan pernah mendapatkan apa-apa kerana ia melumpuhkan kekuatannya sendiri.

Apabila sering kita melawan rasa takut, InsyaAllah keberanian akan muncul perlahan-lahan. Tentu semua itu ada risikonya, tetapi inilah harga yang harus kita bayar dalam mengharungi hidup. Kalau kita tidak mahu membayar harganya, pasti kita tidak akan mendapatkan apa yang kita inginkan.

Kemandirian bukan untuk berbangga diri, tapi harus membuat kita lebih memiliki harga diri, boleh berprestasi dan tidak membuat kita tinggi hati.

Jelas, kehormatan dan kemuliaan sebenar adalah ketika hati kita bebas daripada bergantung kepada orang lain, selain ALLAH SWT. Perjuangan kita menjaga harga diri daripada meminta-minta kepada selain ALLAH adalah bukti kemuliaan kita. Jiwa mandiri adalah kunci harga diri.

Satu hal yang hilang daripada bangsa kita adalah harga diri. Betapa kita sangat bergantung kepada Negara lain untuk pinjaman dam pelaburan. Tidak aneh apabila Negara kita dibebani hutang hingga mudah dipermainkan oleh Negara yang memberi hutang itu.

Mengapa semua ini terjadi? Jawabnya sebahagian besar kita terlalu sibuk membangun aksesori duniawi yang dianggap serba berharga. Kita tidak sibuk membangun harga diri. Tidak hairan apabila ada orang berpangkat tinggi tetapi perlakuannya rendah dan hina. Atau ada yang hartanya banyak tetapi jiwanya miskin. Kita terlalu menganggap topeng dunia sebahai kemuliaan harga dan diri.

Sudah menjadi kelaziman setiap daripada kita yang bergantung kepada selain ALLAH, pasti akan takut kalau sandaran itu diambil orang. Apabila kita dengan sepenuh hati bergantung kepada ALLAH, maka yakinlah bahawa ALLAH tidak akan mengabaikan orang yang bersungguh-sungguh berharap kepada-Nya.

Dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH berfirman, bermaksud : “Apabila seseorang hamba-Ku mendekati-Ku dengan berjalan, maka aku akan mendekatinya dengan berlari. Apabila ia mendekati-Ku satu jengkal, Aku akan mendekatinya satu hasta”.

Keuntungan lain daripada sikap mandiri ialah timbul rasa percayakan diri sendiri. Kemandirian adalah sumber kekuatan dalam perjuangan. Orang yang percaya diri boleh melakukan pekerjaan jauh lebih banyak, kata-katanya lebih bermakna dan waktunya akan jauh lebih berkesan daripada orang yang selalu bergantung pada orang lain.

Dengan bersikap mandiri, hidup akan terasa lebih tenang. Seorang isteri tidak akan bimbang ditinggal suaminya yang bekerja diluar daerah, apabila ia memiliki sikap mandiri. Ia tahu bahawa semua rezeki telah diatur secara adil oleh ALLAH SWT. Tidak ada satu pun makhluk kecuali sudah ditetapkan rezekinya. Tugas kita adalah menjemput dan mencari berkat daripada kurniaan ALLAH SWT.

Kita harus mulai bangkit menjadi bangsa yang mandiri. Bangsa yang mandiri tidak akan pernah wujud selagi orang tidak menyusun sesuatu bangsa tidak pernah belajar menjadi peribadi yang mandiri.

Apa kuncinya? Pertama, mandiri adalah sikap mental. Jadi seseorang harus memiliki tekad kuat untuk menjadi orang yang mandiri. Dalam hidup yang hanya sekali ini, kita harus terhormat dan jangan menjadi budak dari apapun selain ALLAH SWT.

Tekadkan terus untuk selalu menjaga kehormatan diri dan pantang menjadi beban. Sekiranya hidup kita membebani orang lain, kita harus membalas dengan apa yang mampu kita lakukan. Ketika kita membebani orang tua, maka harga diri kita ialah membalas kebaikan mereka.

Begitupun kepada guru, teman ataupun tetangga. Jangan sampai kita terhina kerana menjadi peminta yang hanya menyusahkan orang lain.

Kedua, kita harus memiliki keberanian. Berani mencuba dan berani memikul risiko. Hanya dengan keberanian sahaja kita boleh bangkit untuk mandiri. Tidak pernah kita berada diatas tanpa terlebih dahulu bermula dari bawah. Adalah mimpi menginginkan hidup Berjaya tanpa mahu bersusah payah dan berkorban.

Berita Harian, 22 Disember 2006



-Seseorang dengan sesuatu-

Friday, January 05, 2007

Kerana Ini Jalan Pilihanku

oleh: Muharikah

Berapa kali aku kata aku bukan belajar di London ! Aku belajar di Swansea , di salah satu tempat di Wales !

‘ Aku dah bilang kat hang banyak kali dah! Kalau pergi London tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak ayah! Kau pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

Swansea ayah, Swansea ! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di UK itu maksudnya adalah belajar di London .

‘ Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Ayah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

‘ Aku dah bilang kat hang, dok London tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak ayah pergi London . Mana aku nak letak muka jika kau balik tak bawak apa2 selain bini kau tu je?’

Dia masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si ayah memuntahkan segala isi hatinya yang terbeku. Padanya ayah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa dingin itu.

‘ Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Aku suka anak aku jadi anak soleh. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai kau tak study langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam hadhari’

Teringat dulu ayah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

‘ Ayah memang kecewa dengan kau, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak ayah. Macam mana nanti kami nak tanggung malu jika kau balik tak bawak apa-apa? Kau nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini kau lagi. Kau nak kasi mereka makan pasir ke?’

Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan ayah di balik telefon.

Setiap kali aku mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)

Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawa matang dan ada pancaran-pancaran jerawat di mukanya. Badannya sedikit gebu. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah; dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.

‘Ayah…’ ujarku dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek tuduhan-tuduhan si ayah.

‘Ayah, Hisham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Hisham cuma fail satu modul sahaja.’

‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Ayah memotong.

‘Bukan begitu. Maknanya Hisham boleh ambil balik modul itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena ulang tahun.’

Aku membayangkan betapa terkejutnya ayah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan kedai runcit di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

‘Abang ikut tabligh kot, Angah.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’ begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

Barangkali kerana itu ayah melenting dan terkejut. Tapi Hisham tak ikut tabligh ayah! Hisham ikut tarbiyah!

‘Modul periksa itu modul terakhir Hisham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Hawa dan Hisham kene demam panas. Hisham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

Ayah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

‘Apapun, ayah tak nak kamu gagal lagi. Kamu kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan Hawa. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je?Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah ?Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’ Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini. Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’

‘ Kau memang dah berubahlah, Sham.’ Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

‘ Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi,’ ( Al-A’raf: 179)

Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi UK ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

‘ Wahai orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

Kerana itu Hisham ikut usrah ayah! Kerana Hisham mahu merasai cahaya itu! Dan Hisham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Hisham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Hisham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Hisham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan ayah salahkan usrah hanya kerana Hisham gagal!

Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada ayahnya yang separa uzur. Dia mahu ayahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada ayah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

Result abang dah dapat dah ini..’ Siti Hawa berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

Aku membuka sampul itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

‘Assalamualaikum ayah, Hisham dapat first class honor.….’

Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai keriangan hatinya…

http://www.dakwah.info/v2/?p=263

Saturday, October 14, 2006

Bismillah walhamdulillah....

KAMU PERLU MERUBAH DUNIA INI.. WALAUPUN ANDA KESEORANGAN

Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar. Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):

“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)

Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yang
murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.
Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka.

Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah:

“Dia diutuskan sebagai sebuah umat”

Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.

‘Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.

‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.

Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.

Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.

Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq yang menyifatkan:

"La Yuhzamu Jayshun Fihi Al-Qa’Qa Ibn Amr - Sawtu Al-Qa’Qa Fil Ma’arakati Ya’dulu Alfa Rajulan"
“Takkan terkalahkan tentera didalamnya ada al-Qa’qa ibn Amr, Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”.

Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.

Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amal kerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:

“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”.

Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya.
Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.

Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:

“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamu menyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.

Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik.

Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:

“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:

“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia”
[Diriwayatkan oleh Ahmad]

Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata: Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam!

Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak rela diri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.

“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempat mereka” [Muhammad: 12]

Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:

“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”
[Muttafaq ‘alaih]

Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapi
kepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan
Islam.

Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?

Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?

Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?

Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular?

Siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia?

Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?

Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?

Siapa? Siapa? Siapa?

Pastikan kita!!!

http://www.dakwah.info/v2/?p=225

Thursday, September 07, 2006

Assalamualaikum w.b.t

One new step following the trend...

Zaman dah berubah...
Manusia pun akan berubah...
Termasuklah diri sendiri...
Adakah ini perubahan yang drastik??
Hmm...
Mungkin ya dan mungkin tidak...
Rasanya EGO yang selama ini dipertahankan...
Sudah semakin jatuh...
Banyak perubahan diri yang dialami...
Sejak melangkahkan kaki ke 'sini'...
Alhamdulillah...
Walaupun perjalanan yang dilalui...
Sangat meragukan...
Penuh ketidakpastian...
Namun...
Apa yang diperoleh...
Amat bermakna dan sangat meyakinkan...
Itulah HIKMAH yang dapat dirasai...
Apabila kita redha dengan ketentuan Ilahi...
Menjadikan kita lebih menghargai...
Apa yang Dia kurniakan...
Dahulu hingga kini...
Syukur tidak terhingga...
Terima kasih atas segalanya...


-Seseorang dengan Sesuatu-