Kadang-kala manusia terlalu risau akan masa hadapan terutama tentang rezeki dan jodoh. Ya, masa hadapan adalah sesuatu yang penuh dengan kebarangkalian dan ketidakpastian. Kita merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Bersangka-baiklah dengan Allah. Yakinlah...apa juga yang Allah sediakan untuk kita adalah yang terbaik dan dikurniakan pada waktu, ketika dan detik yang tepat. Jangan pernah putus harapan. Teruskan berusaha dan berdoa. Allah knows BEST!
Hakcipta terpelihara~
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 29:69
Sedang melayari internet di rumah Sg. Besi dan masih mencari jurnal-jurnal menarik yang boleh membantu saya dalam memilih tajuk untuk Master. Mujur abang saya sudi memberi pinjam broadbandP1 w1maxnya. Syukranz bro...dengan kelajuan broadband ini, aktiviti download dan upload jurnal tidak menjadi masalah berbanding di kampus. Menerokai video-video di Youtube juga mudah dan cepat. Sempat ana memuat turun lagu Keampunan oleh Mirwana yang telah lama dicari-cari oleh sahabat saya. Menarik...namun ada yang lebih menarik daripada lagu tersebut...lagu Usah Putus Asa nyanyian Akbar feat Mirwana...
Teringat saya pada adik-adik yang pernah berkongsi masalah akademik dengan saya. Antara soalan utama yang saya ajukan ialah berapakah target nilai CGPA yang mereka mahu perolehi untuk graduasi? Diantara beberapa orang yang menerima soalan ini...kebanyakannya akan memberikan jawapan 'pasrah'. Apa yang saya maksudkan dengan jawapan 'pasrah' ialah mereka seolah-olah tidak dapat melihat harapan, tidak nampak peluang yang masih ada dan hanya pasrah menerima apa sahaja yang akan berlaku.
"Susah nak katakan target..banyak yang saya tak faham..saya buat yang terbaik sajalah..." ujar seorang adik apabila ditanyakan target CGPA yang ingin dicapai.
"Target tu adalah..tapi dah jadi macam ni..buat yang mana mampu je la," jawapan yang lebih kurang sama dengan jawapan sebelum ini.
Satu perkara baik yang masih tersisa ialah mereka masih kuat untuk meneruskan jihad akademik ini dan ingin buat yang terbaik. Tetapi jawapan-jawapan tersebut masih bernada putus asa apabila mereka tidak meletakkan satu kayu ukur sejauh mana usaha mereka boleh dikira terbaik. Shoot for the star...at least you'll get the moon. Perkara ini pernah juga berlaku kepada diri saya suatu ketika dahulu dan menjadi harapan saya supaya mereka tidak meletakkan masalah dihadapan mata sehingga meninggalkan peluang yang ada. Cari peluang. Letakkan peluang tersebut di hadapan mata dan bukannya masalah. Kejarlah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah. Same goes to me...
Satu peringatan untuk diri saya dan yang lain-lain. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa. Cuma ingin menyatakan pandangan saya dan tiada niat lain selain ingin membantu. InsyaAllah saya doakan yang terbaik untuk semua. Perlu diingatkan bahawa matlamat/target penting untuk kita atur perancangan kita. Sebagaimana syarikat-syarikat memerlukan visi dan misi untuk mengatur strategi...begitu juga dalam kehidupan kita. Cuma mungkin tidak seformal perancangan syarikat. Semoga berjaya! Suka untuk saya kongsi lagu ini. Semoga anda semua semakin bersemangat untuk meneruskan apa yang diperjuangkan. Saya tujukan lagu ini khusus kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang saya kasihi kerana Allah sekalian...USAH PUTUS ASA!
*****
Usah Putus Asa
Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=X7YXIqXKyDw&feature=related
Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah
Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu
Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti
*Cubalah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa Segala dugaan menimpa Pastikan nanti ada hikmahnya Usah putus asa
Putus asa bukanlah penyudahnya Ayuh teruskan langkah serta berwaspada Mungkin hari ini kita meniti luka Esok harap menjadi milik kita semula
Tulisan ini hanya luahan hati Bukan aku menagih belas simpati Biar apa pun kehidupan menanti Sabar menerima ketentuan Ilahi
Kesilapan silam jadikan landasan Hidup bukan seindah dimpikan Terus melangkah jangan menoleh lagi Segala yang dimpikan menjadi pasti
(ulang *)
Kita rentas bersama samudera Layarkan bahtera harapan dan cita
(ulang *)
Peganglah janji dari Ilahi Jika kau susah diakan pasti Terus mendaki puncak yang tinggi Gapailah mimpi lukisan hati Cubalah engkau terus mencuba Hingga kau tiba ke puncak jaya Ingatlah kita semua di dunia Bukan milik kita Milik yang Esa Ya milik yang Esa