Tuesday, October 07, 2008

Kasut dan Isteri



“Alhamdulillah...sampai jugak kita kat JPJ nih...”, ujarku sejurus turun dari WRA 7176, motorsikal milik Wardah . Kebas kaki semasa berjalan menuju ke Pejabat Pembaharuan Lesen. Seperti biasa, tulang-tulangku akan berbisa apabila terkene getaran dan hentakan yang kuat. Wardah ingin menukar lesen P ke lesen Kompeten dan aku pula mahu memperbaharui lesen L.

“Bilalah nak amik test nih? Ish ish ish...”, aku bermonolog sendiri. Selesai urusan di JPJ, kami bergegas ke Jaya Jusco yang berdekatan. Dengan niat untuk memiliki sepasang kasut baru, Wardah menemaniku dari satu kedai ke kedai yang lain untuk mencari kasut pilihan hatiku.

Teringat aku pada satu pertanyaan abang sulungku, Adam satu ketika dahulu, “ Kalau kau nak beli kasut, kau nak beli kat kedai runcit yang jual kasut ke kat kedai kasut?”.

“Hmm...kalau Ina, Ina beli kat kedai kasut la. Sebab kat kedai kasut kualitinya terjamin sket”, aku menjawab.

Sebenarnya itu adalah satu analogi untuk memilih seorang isteri. Abangku membandingkan perempuan yang hidup di persekitaran yang baik dengan perempuan yang hidup di kalangan masyarakat yang pelbagai dari segi agama, budaya, ragam dan sebagainya.

Perempuan yang hidup di persekitaran yang baik, biah solehah diibaratkan seperti kasut yang dijual di kedai kasut . Kasut di kedai runcit menjadi simbol bagi jenis perempuan yang kedua. Tidak semestinya perempuan yang hidup dalam biah solehah, seorang yang berkualiti dan tidak semestinya perempuan yang hidup dalam masyarakat sosial tidak berkualiti. Yang penting kita perlu pandai menilai.

“Sampai hati die bandingkan perempuan dengan kasut...ape la...”, hatiku berkata. Sejak dari hari itu mindaku telah ‘diprogramkan’ yang lelaki memang suka buat analogi.

Sudah hampir semua kedai kasut kami singgah namun tiada yang menarik hati. Kalau ada pun, tiada saiz pula. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang menarik dari luar cermin kedai POPULAR. Buku berkulit putih dangan tajuk Aura Personaliti Warna.

Aku mengajak Wardah masuk ke kedai buku itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus membeli buku tersebut. Akhirnya wang yang diperuntukan untuk membeli kasut telah kubelanjakan utk membeli buku dan beberapa barang lain.

“Tape la...tunggu kasut nih rosak dulu la...baru beli yang lain”, kataku pada Wardah sambil menuding pada kasut SACHS yang sudah sedikit rosak walaupun baru beberapa bulan digunakan.

P/S: InsyaAllah...utk post akan datang, saya akan berkongsi ilmu yang saya dapat dari buku Aura Personaliti Warna yang baru dibeli tu...

-Seseorang dengan Sesuatu-

No comments:

Post a Comment