Monday, January 17, 2022

Apartment di Dunia, Penthouse di Syurga

Selepas menerima kunci rumah apartment yang saya beli berhampiran UKM beberapa tahun lepas, saya mula membuat perancangan bagaimana saya mahu menata rias rumah baru saya. Waktu itu saya ada terfikir, "Ah, aku sibuk membina rumah di dunia, macam-macam yang perlu disediakan dan banyak duit yang perlu dilaburkan untuk mendapatkan rumah yang cantik dan selesa. Bagaimana pula rumah aku di akhirat nanti?"


Apabila berbicara tentang jodoh pula, dengan usia yang sudah memasuki abad ketiga kehidupan, guru mengaji saya sering memujuk, "Sekiranya tidak dipertemukan jodoh di dunia, jodoh awak ada di syurga nanti". Saya fikir jodoh itu sesuatu yang belum pasti tetapi mati itu pasti. Mungkin saja ajal yang tiba dahulu, jadi mengapa perlu disibukkan dengan persoalan "bila nak makan nasi minyak?" berbanding "amal jariah dah kumpul berapa banyak?"

Kadang-kala saya pernah terfikir mengapa Allah membataskan terlalu banyak perkara dalam agama Islam, saya percaya dunia ini adalah penjara bagi orang beriman, tempat persinggahan mengumpul bekalan. Nikmat yang tidak terhingga dijanjikan Allah ada dia syurga yang kekal abadi. Save the best for last.

Memenuhi keperluan harian, terlalu memikirkan peningkatan kerjaya, tempat pelancongan mana yang hendak dilawati, menu viral baru yang ingin dicuba dan pelbagai lagi kehendak bukan keperluan yang ingin dimiliki serta ditambah dengan procrastination dan hiburan mengisi masa yang berbaki membuatkan diri tertumpu kepada dunia sahaja.

"Peganglah dunia, junjunglah akhirat. Jika goyah akhiratmu, letaklah dunia itu seketika dan perbetulkan akhirat itu"

Kesempatan melangkah masuk ke tahun 2022 membawa harapan baru untuk memandang lebih serius the ultimate goal of a true muslim, syurga dan keredhaan Allah. Doa yang saya tinggalkan buat suatu ketika saya ratib kembali, "Semoga Allah kurniakan saya hikmah dan kebaikan di setiap tempat kaki saya melangkah, dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup saya "

15 Januari lepas saya berkesempatan menyertai Muktamar kali ke-20 IMProf yang diadakan di Tamu Hotel Kuala Lumpur. Salah satu sari pengisian yang disampaikan oleh Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam menyentuh tentang senarai semak apa yang kita mahu dapatkan dalam kehidupan di syurga kelak. Nikmat di dunia tidak dapat dibandingkan langsung dengan nikmat yang dijanjikan di syurga. This was a mind-blowing for me!

Selain membaca dan mendengar gambaran kehidupan di syurga bersumberkan Al-Quran dan sunnah, saya tidak pernah memikirkannya secara serius dengan begitu terperinci. Pada kebanyakan masa saya cuma berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka,  belum lagi sampai ke tahap berfikir nikmat syurga apa yang diimpi-impikan.  

Terlebih dahulu dalam sesi perasmian muktamar, Prof Madya Dr. Muhammad bin Ibrahim teleh melontarkan satu persoalan kepada seluruh muktamirin, "What is the greatest character that human could achieve?" Jawapan yang di kongsikan adalah bertakqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tidak kira taraf sosial, kebolehan atau kebijaksanaan seseorang, taqwa is something that is achievable by all and should be set as the highest benchmark.

Dengan pelan tindakan berstruktur berdasarkan prinsip-prinsip Islam, dilaksanakan setiap satunya secara berperingkat disulam dengan tawakal, in shaa Allah kita akan dapat membentuk sebenar-benar taqwa. Semoga kita semua akan mendapat peluang menanda satu-persatu check boxes wishlist apabila sudah berjaya mendapat keahlian syurga!

Jika kediaman di dunia hanyalah sebuah apartment, mungkin di syurga sebuah penthouse paling mewah dengan 360° pemandangan indah menanti.


P.s: Usai bermuktamar, berjaya tick 3 check boxes food craving di Kampung Bharu : Kerabu Maggi, Pulut Mangga dan Mango Shake. Ini baru nikmat dunia!

No comments:

Post a Comment