Badan merahku dihiasi dengan pelbagai aksi karekter kartun Disney terkenal iaitu Mickey Mouse dan Minnie Mouse. Namun, semuanya sudah pudar tidak seperti dahulu. Besi-besi pada badanku juga semakin berkarat. Maklumlah, diriku kini sudah terlalu berusia. Namun dengan penjagaan rapi dari Al-Farashah, diriku masih mampu memegang dan mencengkam kertas-kertas yang dimasukkan ke dalam badanku.
Diriku menjadi milik Al-Farashah sejak tahun 1998. Pada waktu itu, aku telah dihadiahkan oleh Cikgu Rubiah kepada Al-Farashah sebagai tanda penghargaan kepadanya. Tanda penghargaan sebagai ketua kelas 5A rasanya. Ahh...aku tidak berapa ingat...semakin tua semakin banyak perkara yang sukar diingati. Mana tidaknya usiaku kini telah pun mencecah 12 tahun!
Kini aku diberikan amanah oleh Al-Farashah untuk menyimpan material subjek Structured Programming and Database (SPDB). Al-Farashah bertugas sebagai tutor untuk subjek ini selama hampir dua semester. Aku akan dibawa ke makmal komputer SPDB setiap 2 kali seminggu. Agak kerap juga aku digunakan lebih-lebih lagi apabila tiba minggu belajar. Letih tetap letih tetapi aku berterima kasih kepada Al-Farashah kerana menjagaku dengan baik.
Autobiografi 2
Aku dilahirkan sebagai sebuah beg berjenama Highpeak Design dan bukannya Scouts sepertimana yang tertera pada poketku. Al-Farashah telah menutup jenama sebenarku di sebalik tampalan sulaman Scouts yang telah dibelinya semasa menyertai Jambori Pengakap di Johor. Pada waktu itu, Al-Farashah merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dengan aktiviti berpengakap terutama dalam skuad 128JB.
Aku telah berkhidmat untuk Al-Farashah selama lebih kurang 9 tahun iaitu sejak dia masih di bangku sekolah. Sejak di tingkatan 3 jika aku tidak silap. Dalam usiaku yang sudah lanjut, kebanyakan bahagian tubuhku sudah rapuh. Banyak juga safety pin disemat pada badanku. Jahitan tambahan juga berselirat-selirat untuk memastikan diriku sentiasa dalam keadaan baik. Aku bersyukur kerana Al-Farashah masih sudi menggunakan aku sehingga kini.
Autobiografi 3
I love money! Ya, aku sangat menyukai wang dan kerana itulah aku diciptakan. Namaku Milk Teddy. Aku pasti terlalu banyak dompet yang bernama Milk Teddy dalam dunia ini. Oleh sebab Al-Farashah tidak pernah memberikan nama baru kepadaku, jadi namaku kekal begitu. Aku telah dibeli oleh Al-Farashah ketika dia sedang meningkat dewasa; zaman Al-Farashah masih remaja dan masih bersekolah.
Jika hendak diikutkan, akulah dompet girlish pertama Al-Farashah. Sebelum itu, kesemua dompet yang pernah dimiliknya pasti keanak-anakan atau menyerupai dompet milik abang-abangnya. Mungkin kerana pada waktu itu Al-Farashah terpengaruh dengan lifestyle kedua-dua abangnya itu. Namun, sejak dia mula tinggal di asrama, citarasanya berubah. Pada ketika itutlah aku menjadi pilihannya.
Aku bersyukur kerana aku masih belum 'ditamatkan perkhidmatan'. Untuk pengetahuan semua, sejak Al-Farashah membeliku, dia tidak pernah lagi membeli dompet lain walaupun aku tahu dia kini sedang merancang untuk memiliki dompet yang baru. Namun, tidaklah aku terasa hati atau merajuk. Aku tidak kisah kerana selama ini dia begitu menyayangiku dan menjagaku dengan baik.
Aku berbangga kerana aku telah berkhidmat untuknya sejak dia masih bersekolah sehingga Al-Farashah melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana (master). Sudah lebih tujuh tahun aku digunakan. Sekarang ini aku hanya menunggu masa untuk diganti dengan yang baru. Aku yakin masanya pasti tiba tetapi bukan dalam jangka masa terdekat kerana Al-Farashah seorang yang bercitarasa tinggi dan kini dia sangat berjimat-cermat kerana perlu membayar hutang motorsikal setiap bulan. Aku masih 'selamat'...
dah lama xbaca autobiografi mcm ni =)
ReplyDeleteaku sepasang kasut
aku sebatang pen dll...
ina2, awak mmg cermat la orgnya. bagus2.
bila npk milk teddy, kfaiz ingat ina ;)
Hee~ selagi boleh guna...guna habis-habisan
ReplyDelete