Friday, February 19, 2010

Semangat yang Hilang

Semangat Yang Hilang
Oleh: XPDC


Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang

Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Salam...

Hmm...tiba-tiba teringin dengar lagu nih...zaman kecik-kecik dulu suka sangat  dengar...

Sebenarnya...terasa hilang semangat...

Hilang semangat untuk menjalankan kehidupan sehari-hari. Jangan pula salah anggap ye! Bukan putus asa untuk hidup. Cuma...kesungguhan dalam melakukan setiap aktiviti kehidupan terasa begitu hambar. Hanya mengikut arus. Rindu juga akan diri yang lama. Walau sekecil manapun peranan yang  diterima sebagai seorang makhluk beraqal di muka bumi Allah ini, diri ini masih tetap bersungguh melaksanakannya pada ketika itu.

Puncanya??? Hmm...tidak pasti. Menurut John Gray dalam bukunya Men From Mars, Women From Venus, setiap lelaki akan mengalami suatu ketika di mana mereka perlu masuk ke GUA untuk bersendiri. Mereka akan keluar dengan sendirinya dari GUA tersebut apabila tiba masa yang sesuai. Wanita pula akan jatuh ke dalam PERIGI masing-masing. Mereka akan jatuh jauh ke dalam PERIGI tersebut dan hanya akan naik semula sekiranya telah mencecah ke dasarnya. Mungkin saya masih belum mencecah ke dasar PERIGI hidup saya untuk naik semula. Just a guess..

Misi : Perlu membawa pulang semangat yang hilang!

Wednesday, January 20, 2010

23 tahun : Usia meningkat, Akhirat menghampiri

Salam'alaik...

Kehadiran 19 Januari kali ini diulit kemurungan dan kegelisahan. Presentation master yang baru sahaja berlalu (petang 18 Januari 2010) begitu mengecewakan. This is the worst presentation ever!

"I'm not happy with your presentation!" komen yang diterima sebaik sahaja selesai pembentangan.

Down...
Moody...
Preassure...

Perasaaan bercampur baur sepanjang hari. Namun hati ini sedikit terhibur dengan surprise sambutan  hari lahir saya pada malam harinya.

Ana mohon berjuta-juta kemaafan kepada sahabat-sahabat sekiranya tidak dapat menzahirkan kegembiraan pada malam itu. Bukan ana tidak berterima kasih dengan sambutan yang antum sediakan cuma mungkin apa yang berlaku sebelum itu agak mengacau-bilaukan perasaan ana. Syukran jazilan yg tidak terhingga kepada antum.

Umur bertambah...amal juga perlu diperbaiki...azam baru sempena ulangtahun ke-23...ingin menjadi puteri akhirat yang sentiasa memperbaiki diri...perkongsian kali ini, saya bawakan petikan yang amat signifikan untuk orang-orang yang semakin bertambah usianya... :) moh muhasabah diri!






Umur manusia adalah antara anugerah Allah SWT yang amat berharga tapi terbatas. Umur atau usia yang akan dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang di akhirat kelak dan dia akan ditanya ke manakah umur itu dipergunakan.


Usia bergerak pergi meninggalkan manusia seperti pergerakan bumi dan cakerawala yang lain, terus melangkah tanpa tangguh. Setelah usia berlalu, tiada sesiapapun yang dapat melambai dan mengajaknya kembali.

"Apabila umur manusia berjalan pergi, Akhirat melangkah mendatangi manusia..."

Selain itu, Rasulullah SAW menyatakan bahawa Akhirat juga bergerak mendatangi manusia. Apabila umur manusia berjalan pergi dan Akhirat melangkah mendatangi manusia, maka ini bererti akan semakin cepatlah pertemuan manusia dengan Akhirat itu.

Ibarat dua orang yang menaiki dua kenderaan yang berbeza dari arah yang bertentangan di jalanraya. Walaupun kedua-duanya bergerak dari jarak yang jauh, namun oleh sebab kedua-duanya bergerak ke arah yang bertentangan, maka lebih cepatlah kenderaan tersebut bertemu.

"Masa adalah usia..." 

Gambaran itu begitu jelas bahawa manusia dan alam Akhirat akan bertemu segera kerana kedua-duanya sedang bergerak pantas untuk bertemu. Hanya orang yang sedang dilamun angan-angan sahaja yang tidak menyedari umurnya sedang bergerak pergi dan Akhirat pula kian mendatanginya.


Sumber : Nik Abd Aziz Nik Mat, 71 Nota Kepada Diri : Mengenali Perwatakan Putera-Puteri Dunia, Harakah 2007.



Hadiah dari Kak Suria :)

Assalamu'alaikum, sanah helwah. Moga umur diberkati Allah. Jgn sdey2 atas ape yg t'jadi siang tadi. Ehe, syg akk... -maziah-

Salam kak.. gettin better x? hehe.. umo dah brtambah ni jgn tensi2 sgt ek.. nnt dh x nmpak muda, tp nmpak tua.. hehe.. slamat ari lahir.. smoga sntiasa istiqomah, sntiasa d bwh lembayung rahmatnya, dpermudahkan sgala urusan dn smoga maintain sbg kakak yg cute... -fatin-

Hepi besday.. -Abg Fazli-

Salam. Selamat Hari Lahir ina! Semoga cepat kawin ahaks. Rindu ina sgt2..mmuahh! <3 <3... -Hidayah Hassan-

Slamat hr lahir ina. Smoga pjg umo, murah rzki. Dprmudhkan urusan dunia akhirat. Maaf x dapat celebrate same2.. nk kfc jugak.. B-) -Kak Suria-

Posto...posto...ad kad la..buka la!!
------------
!'--.__.--'!
!----------!
Slmt Hari Lahir K.Ina!! Smge trus sukses dn dbrkti Allah sntiase..stay cute! -Hidayah Zahari-

Salam ulangtahun ke-23. Smga pnjg umur kebaikan & dimurahkan rzki, kekal solehah, ditemukan jodoh yg soleh. Insylh... -Abg Adam-

Happy Birthday. Semoga dpanjangkn umur, murah rezeki, bahagia dan dkurniakan nikmat kesihatan disisi keluarga tercinta. Aminnn. Aminnn. Aminnn... -Wan Hafizah-

, --.  .-- ,
,     .    ,
 .     x .
  ..   ..
     .
The "x" mark is the spot where u are in my heart! Coz u're one of my friend dat i would never forget..happy birthday ina, may Allah's blessing be with u alwaz n ever! Muahx! -Asnadila-

Selamat hari lahir ina. Semoga sentiasa di bwh lindunganNya slalu =) -Mimie-

Salam. Oh, i'm late.. hehe.. so, wishing u a belated happy birthday :) -Hani-
Slm kak ina. hepi blated :) -Aqilah Mustafa-

Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang diberikan (melalui sms, facebook, email dsb). Love all of u!

Wallahua'lam

Sunday, January 10, 2010

Awas dari Mensia-siakan MASA


“Kita ni…dari foundation sampai dah sambung master…masih lagi buat kerja last minute!” agak terpanah diri ini mendengar kata-kata itu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
Lebih kurang jam 4.15 petang 14 Disember 2009, saya dan beberapa sahabat bergegas dari rumah sewa kami di Bandar Universiti menuju ke Pejabat Pasca-siswazah untuk menghantar MSc Symposium Research Paper sebelum waktu pejabat berakhir. Research paper kami yang masih hangat dek baru dicetak itu dibawa dengan harapan kami masih berpeluang untuk membaikinya sebelum hari pembentangan yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.


Pensyarah dan rakan sekelas subjek Professional Communication Skills (suatu ketika dahulu)

“Sem depan kita kene start kerja awal! Tak boleh buat last minute lagi...” tersingkap kembali kenangan semasa masih bergelar siswazah.
Kata-kata semangat ini sentiasa diulang-ulang saban semester. Walau bagaimanapun, kebanyakan tugasan akademik disiapkan betul-betul sebelum, pada atau selepas masa yang ditetapkan Bukannya tidak pernah berinisiatif untuk lebih berdisiplin menyiapkan tugasan, tetapi mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan non-academic dan mungkin juga diri ini tidak begitu pandai menguruskan masa!
Pernah juga cuba memulakan tugasan lebih awal, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Tiada mood, tiada idea, tiada semangat dan kerja masih juga tidak dapat dimulakan. Aha~ begitulah kisahnya. Mood, idea dan semangat yang menjadi pemangkin untuk menyiapkan tugasan hanya akan datang bertandang apabila  semakin hampir dengan due datenya. Saat itu saya perlu mengerah keringat, mengorbankan masa rehat dan makan, bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan sebaik mungkin dalam masa yang terhad.
Pembelajaran sehari-hari juga begitu. Study week selama seminggu (sebelum minggu peperiksaan bermula) akan digunakan sebaik-baiknya untuk menelaah pelajaran sepanjang satu semester. Walaupun agak tertekan dengan kehadiran minggu peperiksaan tetapi saya sangat gembira! Saya gembira kerana saya seolah-olah menerima kekuatan luar biasa untuk menelaah dan memahami apa yang diajarkan oleh para pensyarah di dalam kelas.


Belajar bersama sahabat-sahabat di IRC (perpustakaan) dikala study week...


Tekanan akibat markah coursework yang rendah meningkatkan lagi semangat untuk meraih markah yang terbaik untuk peperiksaan. Oppss...AWAS! Kadang kala kita mudah terleka dengan persekitaran semasa yang mampu memesongkan niat belajar semata-mata kerana PEPERIKSAAN. Merujuk kembali hadith pertama daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi, mafhumnya secara ringkas…kita akan dapat perkara yang kita niatkan. Begitu juga dengan pembelajaran/pengajian.
Sekiranya kita belajar kerana peperiksaan, kebiasaannya ilmu-ilmu itu tidak akan kekal lama. Kebarangkalian untuk ilmu itu tersimpan lama dalam diri kita mungkin sangat tipis. Bertitik tolak dari perkara inilah, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya memperbaharui niat…pengajian ini bukan untuk peperiksaan semata-mata...tetapi kerana Allah dan Islam.
“Belajar kerana Allah!”
Terasa rugi juga kadang kala kerana tidak pandai membahagikan masa dan terlalu mengikut mood dalam menguruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam masa lebih kurang 7 hari study week sahaja, pelbagai ilmu dapat difahami sehingga dapat menyediakan diri kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Sekiranya kita manfaatkan satu semester yang diberikan sebaik-baiknya, mungkin lebih banyak ilmu mampu diperolehi. Dan benarlah, sesungguhnya masa itu emas atau lebih signifikan lagi…MASA ITU DUIT!

Awas dari mensia-siakan masa! Ketahuilah faktor-faktor gejala mensia-siakan masa dan sama-samalah kita memuhasabah diri...



Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti!

Faktor gejala MENSIA-SIAKAN MASA:
1.       Lalai : Wabak yang melanda manusia hinggakan apa yang berlaku diwaktu siang dan malam sudah tidak menjadi perhatian, luput daripadanya segala ingatan
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati , tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata, tetapi tidak mempergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang-binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai!”
(Al-A’raf : 179)
“…tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka mengetahui hanya yang lahir dari kehidupan dunia. Sedangkan mereka tentang hari akhirat mereka lalai.”
(Ar-Rum:  6-7)
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf: 205)
“…dan janganlah kamu mengikuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaan itu melewati batas.”
(Al-Kahfi: 28)
Doa Sayyidina Abu Bakar:
“Ya Allah! Janganlah biarkan kami dalam kesesatan. Dan janganlah ambil kami di waktu lalai. Dan janganlah jadikan kami dari golongan yang lalai.”
Sahlun bin ‘Abdullah berpesan:
Awas dari bersahabat dengan tiga jenis manusia :
i.                     ‘Ulama’ yang munafiq.
ii.                   Golongan tasawwuf yang jahil.
iii.                  Pemimpin kejam yang lalai.

2.       Tangguh-menangguh: Penyakit yang merbahaya, membantutkan usaha manusia hari ini dan seterusnya.

Abdul Qais berpesan: “Awas dari perkataan ‘Nanti Dulu’…”
Orang lain berkata, “Perkataan ‘Nanti Dulu’ adalah anak cucu iblis.”
Janganlah kamu berlengah dan leka hingga sampai keesokkan harinya. Jika peluang ini kamu tidak rebut, nescaya kami akan menyesal.

Al-Imam Al-Hassan Al-Basri berpesan:

Awas dari tempoh menempoh! Hari besok belum! Jika besok harimu tentu, jadilah esok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini!

3.       Gejala Kecuaian

                                 i.            Tiada siapa yang boleh menjamin supaya seseorang itu hidup sampai ke hari besok, sedangkan ajal terkadang datang tiba-tiba.

Seorang raja menjemput seorang yang salih ke majlis santapan di raja. Lelaki salih itu menolak jemputan di atas alasan dia berpuasa. Raja menyuruhnya untuk berbuka hari ini dan berpuasa esok. Lelaki itu mempersoalkan raja tesebut, “Kamu boleh memberi jaminan supaya aku dapat hidup sampai besok?”

                               ii.            Jikapun kami dilanjutkan usia ke besok harinya, maka apakah kami terselamat dari penyakit yang datang mendadak, kesibukan yang tiba-tiba, atau terselamat dari malang yang tidak berbau? Dari itu berazamlah untuk menyegerakan kebaikan dan melaksanakan kewajipan.

Dalam suatu wasiat, Rasulullah berpesan kepada seorang lelaki dengan pesanannya di dalam sebuah hadith:

“Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain:
                                                        I.            Masa kamu hidup sebelum kamu mati.
                                                      II.            Masa kamu sihat sebelum kamu sakit.
                                                    III.            Masa kamu kosong sebelum kamu sibuk.
                                                    IV.            Masa kamu muda sebelum kamu tua.
                                                      V.            Masa kamu senang  sebelum kamu papa.”

Seorang ulama’ menasihati seorang pemuda, “Bekerjalah sebelum tiba suatu hari yang kamu tidak mampu bekerja. Saya suka bekerja pada hari ini. Tetapi saya tiada upaya!”

                              iii.            Setiap hari dalam setiap waktu ada pekerjaan dan tugas-tugasnya. Tidak terdapat suatu waktupun yang kosong dari tugas-tugasnya.

Apabila kelihatan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz terlalu letih kerana terlalu banyak bertugas, lalu seorang menasihatinya untuk menangguh pekerjaan ini ke hari besok. ‘Umar menjawab “Bagaimanakah pula jika kerja-kerjaku ini terkumpul dalam masa dua hari…!?”



Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu.

Ibnu ‘Ata’ ada menyebut dalam kitabnya ‘Al-Hikam’:
“Tugas-tugas di dalam beberapa waktu yang lalu mungkin dapat digantikannya. Hak-hak waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu yang hilang tidak boleh diganti. Setiap detik-detik waktu tiba, pasti tugas baru dari Allah berhadapan denganmu. Bagaimana kamu hendak menggantikan tugas dalam waktu lain, sedangkan kamu tidak menunaikan hak Allah dalam masanya!?”

                             iv.            Selalu melewat-lewatkan dari beramal-ibadah boleh membawa seseorang itu lama-kelamaan terus tinggal dari beramal. Apabila sifat cuai ini sudah menjadi darah dagingnya, maka sukar pula ditinggalkan.

Seorang yang berdosa, yang tidak segera bertaubat juga boleh menyebabkan dia berterusan melakukan dosa. Hatta sukar pula untuk dia meninggalkannya dari melakukan maksiat.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seorang mu’min itu, apabila dia sekali berdosa, tertitik dihatinya dengan satu titikan hitam. Maka apabila dia bertaubat, dia meninggalkan (dari melakukan maksiat), dan meminta ampun, hatinya kembali bersinar dan bersih. Dan jika dosanya semakin bertambah, titik-titik hitam di hatinya kian bertambah. Hatta tertutp semua hatinya. Maka itulah tutupan yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya: Tidak! Malahan tertutup semua hati-hati mereka…”

                               v.            Bekerja dan beramal adalah peranan yang wajib dimainkan oleh setiap yang hidup. Suruhan ini berdasarkan kepada sepotong hadith: “Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lama. Dan bekerjalah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esok hari! ”

4.       Keji Masa

Sabda Nabi Sallahu ‘alaihi wassalam: “Jangan kamu mengeji masa, kerana masa ialah makhluk Allah.”

Nasihat penyair Arab:

Jangan kita mengeji masa,
Yang keji adalah diri kita,
Setiap masa tiada celaka,
 Yang celaka diri kita.

Kita membebel kepada masa,
Masa bukan membawa dosa,
Andai masa boleh berkata,
Nescaya kita dia mendakwa!

Sebagai seorang yang beriman, jika ditimpa dengan perkara yang tidak diingini, sewajarnya dia sendiri menyemak kembali. Janganlah pula masa menjadi mangsa maki hamunnya! Hendaklah dia kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bertaubat serta pohonlah ampun daripada-Nya.

Contoh teladan yang dilakukan oleh Nabi Adam dam Hawa’ semasa mereka berdua dikeluarkan dari syurga:
“…Ya Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri kami. Dan jika Kamu tidak mengampuni dan mangasihani kami, nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi!”
(Al’A’raf)

Di saat-saat gugurnya beberapa orang para mujahidin di medan pertempuran, lalu beberapa sahabat yang masih hidup berdoa’ kepada Allah:

“Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu hingga menyerah kalah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa’ mereka selain ucapan, “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Kerana itu Allah berikan kepada mereka pahala di dunia, dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(Ali-‘Imran: 147-148)

Sumber: Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim (Pengurusan Masa Menurut Islam), Dr Yusuf Al-Qaradawi


Friday, October 23, 2009

Cinta dan Benci

Salam'alaik...

Bersederhanalah dalam memiliki perasaan cinta dan benci...



Love vs Hate


Cinta dan Benci
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana

Cintailah insan kau kasihi
Dengan sekadarnya
Kerana kelak engkau mungkin
Akan membencinya pula
Cintailah sekadarnya

Cintailah insan kau kasihi
Dengan sekadarnya
Kerana kelak engkau mungkin
Akan membencinya pula
Cintailah sekadarnya

Bencilah manusia kau musuhi
Dengan seadanya
Kerana kelak engkau mungkin
Akan menyintainya pula
Bencilah seadanya

Bencilah manusia kau musuhi
Dengan seadanya
Kerana kelak engkau mungkin
Akan menyintainya pula
Bencilah seadanya

Saturday, October 17, 2009

BUNGA Hati Saya...

Salam'alaik...

Sudah lama rasanya tidak 'pulang' ke Johor Bahru. Sejak mendaftarkan diri sebagai pelajar UTP yang terletak nun jauh di Perak, saya hanya akan pulang ke sana apabila cuti hari raya atau cuti semester sahaja. Itu pun cuma untuk beberapa hari atau seminggu dua sehinggakan diri ini dilabel sebagai 'orang busy' oleh keluarga dan kawan-kawan lama di sana. Wang dan masa merupakan faktor utama yang menyebabkan saya jarang balik ke rumah. Kos perjalanan mencecah RM100 untuk pergi dan balik. Saya juga terpaksa berkelana selama lebih kurang 8 ke 9 jam untuk sampai ke Stesen Bas Larkin Johor Bahru dari Seri Iskandar, Perak. Sememangnya saya tidak pernah 'keluar' dari Johor sehinggalah berpeluang melanjutkan pengajian di UTP.


Sebagai seorang anak Johor, saya dilahirkan di Batu Pahat. Walau bagaimanapun saya dan adik-beradik saya semua dibesarkan di Johor Bahru. Semasa saya berumur 5 tahun,  saya mula bersekolah di Tadika ABIM yang terletak di sekitar kawasan rumah (tidak sampai 5 minit pun perjalanan kaki ke sana). Bersekolah rendah di Sek. Keb. Sri Amar Johor Bahru dan pada masa yang sama saya bersekolah agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor, juga berdekatan dengan rumah (lebih kurang 5 ke 10 minit perjalanan kaki). Selepas darjah 6, saya masuk ke Sek. Men. Keb. Taman Johor Jaya 1, juga terletak di Johor Bahru. Selepas PMR, MARA menawarkan saya untuk bersekolah di MRSM Pontian yang terletak di Benut, Pontian (daerah bersebelahan dengan Johor Bahru). Seterusnya barulah saya berhijrah ke Perak untuk menyambung pengajian.

"Rindunya rumah kat JB...sob3", getus hati kecilku.

Kini kami sekeluarga tidak lagi tinggal di Johor Bahru. Rumah setinggan berdindingkan papan itu kami sewakan kepada orang lain. Bukan disewakan kerana kami  berpindah ke rumah baru tetapi kerana tiada lagi orang yang tinggal di sana. Sebelum ini, emak dan bapak tinggal berdua sahaja di rumah yang berusia lebih kurang 27 tahun itu. Saya tinggal di Perak. Ijah pula di Politeknik Pasir Gudang. Abang Adam, Kak Jestin (isteri Abang Adam) dan Abang Jeli tinggal bersama di Sg. Besi kerana bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Memandangkan bapak diserang angin ahmar, emak seorang tidak mampu untuk menjaga bapak di sana. Akhirnya, emak dan bapak dibawa ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama abang-abang saya di Sg. Besi.




Inilah rumah saya...No 38B Jalan Bilal, Kg Melayu Pandan, JB.


Sayu sebenarnya meninggalkan rumah itu. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Hmm...walau sesusah manapun kehidupan kami di rumah kecil ini, namun disinilah tempat saya membesar. Saya tidak berniat untuk menceritakan lebih panjang tentang susah perit kehidupan kami suatu ketika dahulu. Cuma pokok bunga Anthurium yang baru sahaja saya beli di Pocket D beberapa hari yang lepas benar-benar mengingatkan saya akan halaman rumah lama saya yang penuh dengan bunga-bungaan hasil sentuhan bapak. Orang kata tangan bapak 'tangan sejuk', pokok-pokok yang ditanam mudah tumbuh. Hobi bapak ini mencetuskan satu inspirasi dalam diri saya untuk menjadi seorang pereka landskap satu hari nanti (tidak tahu akan tercapai atau tidak...hehe).


"...Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah."
[Al-Hajj:5]



Inilah bunga hati saya...bunganya berbentuk 'LOVE' dan berwarna merah

Sebagai penutup post ini, ingin saya kongsikan sedikit tips bagaimana untuk menjaga pokok bunga Anthurium :

Step 1
Thoroughly water the anthurium once a week, and then let it dry before watering again.

Step 2
Give the anthurium a quarter turn every time you water it. This balances the growth on each side of the planter.

Step 3
While Anthuriums are able to handle dryness around the root ball, they need to be watered thoroughly and allowed to dry slightly before watering again. Allowing the plant to dry out will greatly slow down the growth cycle. Drying out can also cause the tip to burn and root damage, while over watering can also cause root damage and sudden yellowing of leaves.

Step 4
Allow plenty of indirect light indoors. Never place the plant in direct sunlight. In low light, the plant's growth will slow or stop flowering. If you see an anthurium with long, stretching leaves, it means the light is too low.

Step 5
Use a light fertilizer solution, diluted to quarter-strength.

Step 6
Spray water on the foliage, and then wipe carefully to keep your plant clean and pest-free. Wipe the undersides as well. Anthuriums attract the usual indoor plant pests, so keep a watchful eye. If you notice any pests, treat the plant right away.

Step 7
Check the soil regularly to make sure drainage is sufficient. Disease occurs when the water does not drain well. Humidity may cause disease, but well drained soil usually prevents the problem.

Step 8
One common problem with Anthurium plants is that they usually come with gnats. By keeping the plants soil clean from dead foliage and not allowing water to sit in the drain tray. You may also try spraying with a soapy water mixure.

 Sumber
1. http://www.ehow.com/how_2065969_care-handle-anthurium.html
2. http://www.hawaiitropicals.com/anplancar.html
3. http://houseplants-care.blogspot.com/2006/08/anthurium-plant-care.html



Selamat berkebun kepada sesiapa yang baru memiliki pokok bunga terutama kepada Hidayah Zahari (bunga awak tu susah nak jaga tau...) dan encik yang jeles saya beli pokok bunga juga...

Wallahua'lam

Tuesday, September 22, 2009

Renewing Blog Template

Salam'alaik...

Renewing blog template...
Still under Construction...

Sorry for the inconvinient...

Wallahua'lam 

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri : Mohon Maaf atas Segala Salah dan Silap

Salam'alaik...

Sunyi sungguh UTP pagi ini. Kebanyakan warga kampus telah bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing memandangkan 1 Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Saya keseorangan. Teman sebilik, Kak Iffatun juga telah menyahut seruan ‘balik kampung’ bersama beberapa sahabat lain selepas Subuh pagi tadi. Tidak sempat untuk bersalaman raya dengan Kak Iffatun kerana saya ketiduran selepas menunaikan solat Subuh. Ingin menunggu sehingga mereka bertolak tetapi mata ini tidak mampu lagi untuk bergerak aktif setelah berjaga sepanjang malam mengajar seorang adik junior subjek Structured Programming. Saya akan menghabiskan hari saya di sini menanti masa untuk pulang ke Batu Pahat jam 8.30 malam ini.


Pejam celik, pejam celik…hampir dua bulan saya melanjutkan pengajian diperingkat sarjana dan selama itu jugalah saya belum lagi kembali ke rumah. Sahabat terdekat sering pulang bertemu dengan keluarga tercinta. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, tetapi diri saya masih lagi immune dengan ‘penyakit rumah’ (baca : homesick). Mungkin sudah terbiasa sejak dari tahun asas lagi. Pulang ke rumah hanya ketika cuti semester sahaja. Terasa juga rindu tetapi bagi saya kerinduan inilah yang bakal menjadikan ’balik kampung’ saya lebih happening di kemudian hari.


Seperti kebiasaannya, setiap tahun saya pasti akan mereka Kad Raya sendiri untuk diberikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi. Lebih touching. Untuk tahun ini, pada mulanya terasa seperti tidak sempat untuk menghasilkan apa-apa memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum mereka pulang bercuti. Mungkin perlu membeli kad raya yang telah sedia ada. Sudah puas membelek-belek kad raya yang dijual disekitar Bandar Universiti dan dalam kampus namun tiada yang berkenan dihati. Alasan: walau secantik mana kad raya tersebut direka, namun kenikmatan ukhuwwah itu memerlukan sesuatu yang lebih ikhlas daripada itu. Akhirnya saya bertekad untuk menyiapkan kad raya sendiri. Biar ringkas asalkan bermakna.



Kad Raya 2009 : Version Muslimin





Kad Raya 2009 : Version Muslimat

Hanya kepada beberapa orang sahaja sempat saya serahkan kad raya ini. Selebihnya…saya hantar melalui emel sahaja dan saya postkan di sini khas untuk para pembaca sekalian. Harap-harap kedatangan kad raya saya ini mampu menzahirkan ketulusan hati saya memohon kemaafan daripada mereka. Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah swt sekalian:

Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Mohon maaf atas segala salah dan silap…
Halalkan segala makan minum…
Semoga tarbiyah Ramadhan kali ini mampu menjadi kita insan yang lebih baik…
Thanks and sorry for everything…
Take Care (^___^)...


Wallahua'lam


Monday, August 17, 2009

It's My Graduation Day \(^____^)/

Salam'alaik...

Alhamdulillah...finally it's my Graduation Day!

Just wanna dedicate this song to all my beloved July 04 friends, Jan 05 ICT/BIS friends and all graduates.

Special thank you goes to my ex-housemate : Fatima, Filzah Hanis, Dayah and Waro (not forgotten Wana) for celebrating us on that special event.

May the efforts of getting this scroll are being blessed by Allah SWT now and here after.


Receiving Scroll from Vice Chancellor of UTP  
"Graduation (Friends Forever)"
by: VitaminC
And so we talked all night about the rest of our lives 
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change 
Keep on thinking things will always be the same 
But when we leave this year we won't be coming back 
No more hanging out cause we're on a different track 
And if you got something that you need to say 
You better say it right now cause you don't have another day 
Cause we're moving on and we can't slow down 
These memories are playing like a film without sound 
And I keep thinking of that night in June 
I didn't know much of love 
But it came too soon 
And there was me and you 
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone 
And we would get so excitedand we'd get so scared 
Laughing at ourselves thinking life's not fair 
And this is how it feels [1] 
 
As we go on 
We remember 
All the times we 
Had together 
And as our lives change 
From whatever 
We will still be Friends Forever 
 
So if we get the big jobs 
And we make the big money
When we look back now 
Will our jokes still be funny? 
Will we still remember everything we learned in school? 
Still be trying to break every single rule 
Will little brainy Bobby be the stockbroker man? 
Can Heather find a job that won't interfere with her tan? 
I keep, keep thinking that it's not goodbye 
Keep on thinking it's a time to fly 
And this is how it feels 
 
[Repeat 1] 
 
La, la, la, la: Yeah, yeah, yeah 
La, la, la, la: We will still be friends forever 
Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there? 
Can we make it somehow? 
I guess I thought that this would never end 
And suddenly it's like we're women and men 
Will the past be a shadow that will follow us 'round? 
Will these memories fade when 
I leave this town I keep, keep thinking that it's not goodbye 
Keep on thinking it's a time to fly 
 
[Repeat 1 (3x)]

Congratulation to all and thanks for your support all this while...till we meet again T_T (sob3x)

Wednesday, August 12, 2009

Istimewa dari AZians

Salam'alaik...

"Ana jumpa Kak Wani dalam program weekend lepas. Dia tanya...bila Ina konvo? Tak bgtau pun..."

SMS yang diterima daripada seorang sahabat muslimin pada petang itu sangat meresahkan hati. Saya terlupa satu perkara yang penting! Majlis Konvokesyen bakal menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi tetapi saya terlupa untuk meng'update' tentang perkembangan diri saya kepada penghuni-penghuni Anjung Zahrah (AZ), kediaman semasa saya berpraktikal di Petaling Jaya dahulu. Rumah sewa yang mempunyai tujuh buah bilik itu di sewa oleh 14 orang gadis dalam lingkungan umur 21 hingga 26 tahun.

Hampir kesemuanya sudah bekerja atau menyambung master kecuali saya dan dua orang yang lain yang sedang berpraktikal. Menjadi adik bongsu dalam keluarga AZ merupakan saat yang manis bagi saya walaupun ada juga yang sebaya dengan saya dalam rumah alumni Universiti Malaya itu. Saya dikelilingi oleh kakak-kakak yang 'pelbagai'. Masing-masing mempunyai karekter, latar belakang dan bidang kerja yang berlainan dan saya kira tidak mampu untuk saya ceritakan satu-persatu di sini.

Sayu rasa hati ini apabila mengenangkan peritnya 'dicampakkan' seorang diri di sana tanpa mengenali sesiapa pun. Tetapi hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Perkenalan sepanjang lapan bulan bersama mereka sudah cukup meninggalkan kenangan yang insyaAllah akan sentiasa saya ingati dalam hidup saya. Allah telah mengurniakan saya satu keluarga baru yang pastinya istimewa di hati saya.

Dengan pantas saya mengarang ayat untuk memberitahu mereka tentang Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini. SMS dihantar kepada mereka secara 'pukal' untuk mempercepatkan update. Mujur telefon bimbit Sony Ericsson yang saya beli menggunakan elaun praktikal setahun yang lepas mempunyai teknologi ini...mudah sikit. Lagu Usah Putus Asa yang dijadikan messege alert kedengaran berulang-ulang kali tidak lama selepas itu...


Semasa menunggu bas untuk masuk ke Taman Tamadun Islam pada hari pembukaannya.
Dari kiri: Kak Mas, Kak Ina Sr. Kak Wani, Kak Bah dan Kak Faiz





"Wah, tahniah!" orang pertama yang membalas SMS saya, Kak Mas.

"Wassalam..tahniah =) apa plan lps ni?" Kak Syahid yang rajin mengulangkaji bahasa Arab di rumah sewa kami membalas.

"Tahniah adikku. Zaman berjuang di medan sebenar telah bermula...", kata-kata seorang penulis muda, Kak Ummu Hani.




Menghadiri walimah adik Kak Syahid di Taman Melati
Dari kiri: Kak Bah, Ina Jr. (saya), Kak Mas, Kak Faiz, Kak Syahid, Kak Dijah, Kak Iffatun, Kak Ummu dan Kak Ina



"Alhamdulillah! Tahniah my dear! Glad to hear that. Ni mesti pass with distinction. Apa plan Ina pasni? Sambung master skrg kan?" Kak Bah, ummu Aqilah bertanya.

"Congrats Ina, tumpang gembira. Senang2 datang lagi AZ ye..." Kak Rena, roomate yang selalu memerhati gelagat saya.

"Yeke..alhamdulillah. Tahniah2...", ringkas daripada Kak Zarina yang glamor dengan panggilan Kak Ina Senior, panggilan baru setelah saya hadir dalam hidupnya di AZ. Hehe...saya pula digelar Ina Jr.



AZ was here : Bergambar selepas bermain air laut semasa berkunjung ke Marang
Dari kiri: Kak Mas, Kak Ina Sr., Kak Wani, Kak Bah, Ina Jr. (saya) dan Kak Faiz



"Alhamdulillah :) tahniah Ina. Selamat melangkah ke alam kerjaya. Dapat kerja kat Petronas?" sms dari Kak Dijah, seorang sarjana dalam bidang ilmu falak yang berkahwin dengan Ustaz Ramadhan Fitri.

"Congratulation my sis...All the best and welcome 2 next stage...work field" mesej terakhir yang diterima dari Kak Hana yang comel..(^___^)

Tersenyum lebar membaca sms-sms kiriman housemates AZ sekalian. Syukran for the special wishes...insyaAllah kalau saya panjang umur...sampailah saya di AZ nanti...

Ala kulli hal...syukran wa asif...

Friday, August 07, 2009

Detik Menerima Wasiat Bapak

Salam'alaik...

Agak kerap saya mengemaskini al-farashah.blogspot.com dalam kelapangan cuti seminggu gara-gara H1N1. Namun bergantung kepada isu juga. Saya terpanggil-panggil untuk menulis
post tentang WASIAT kerana saya baru sahaja menerima wasiat daripada bapak. Panggilan 'bapak' sudah sebati dalam keluarga saya. Mungkin disebabkan budaya yang diwarisi sejak zaman 70 dan 80-an. Kebiasaannya kita akan dengar ayah dipanggil dengan panggilan 'bapak' dalam cerita-cerita klasik seperti cerita Anak Bapak, Anakku Sazali dan sebagainya. Sememangnya kami sekeluarga meminati cerita-cerita klasik dan akan menontonya walaupun sudah lebih daripada 10 kali!

Bapak menunaikan solat fardu Isyak semasa saya membaca kalam suci Allah di ruangan solat. Sejak bapak menghidapi penyakit angin ahmar beberapa bulan yang lalu, ingatan dan fokusnya dalam menunaikan solat juga sedikit terganggu. Selepas bapak menghabiskan bacaan doa, saya memulakan bicara, ingin menegur sedikit kesalahan bapak sewaktu menunaikan solat. Pada mulanya saya agak bimbang akan penerimaan bapak jika anaknya menegur perbuatannya. Namun respon yang diberikan adalah sebaliknya. Ucapan terima kasih merupakan perkataan pertama yang keluar daripada mulut bapak. Lega rasanya.

Perbincangan kami tidak berakhir disitu sahaja. Bapak mula berkongsi perkara yang bermain-main difikirannya. Bermula dengan keperitan menanggung pelbagai penyakit hinggalah cerita sewaktu bapak muda dahulu. Saya dapat merasakan terlalu banyak perkara yang bermain-main di minda bapak dalam usianya yang hampir mencecah 70 tahun. Dari kata-katanya, bapak nampak agak menyesal kerana kurang beramal semasa muda namun pada pandangan saya, bapak seorang yang sangat menjaga ibadahnya. Bapak juga bercerita tentang isteri pertamanya dahulu yang mana telah meninggal dunia sewaktu mereka menetap di Singapura.

"Ina...kalau bapak tak panjang umur...Ina tolong bapak tunaikan hajat bapak ye. Bukan nk membebankan Ina tapi kalau Ina dah senang nanti...harap dapat buatkan untuk bapak..." sayu rasanya mendengar kalimah-kalimah ini keluar dari bibirnya. Bapak mula menyenaraikan wasiatnya satu persatu secara lisan.

1. Dulu bapak ada guna duit anak tiri bapak...Tina namanya dalam *** dolar. Bapak ada duit CPF masa bapak kerja di Singapura dulu. Tanyakan pada Tina sama ada duit tu dikira hutang atau dikira bagi. Kalau die kira hutang dan bapak tak panjang umur, Ina tolong keluarkan duit bapak tu dan bagi pada Tina ye...

2. Dulu masa bapak muda-muda dalam umur 2o tahun...bapak ada hutang dengan satu kedai runcit cina dalam RM**tapi lupa nak bayar. Kedai tu kat Sedenak tapi mungkin dah tade dah sekarang. Ina tolong tanyakan kat mana-mana ustaz macam mana nak selesaikan hutang bapak tu.

3. Bapak ade duit dalam Tabung haji...nnti kalau bapak tak panjang umur...tolong kirimkan haji utk bapak ye.


Kepada yang merasakan saya berhutang dengannya...sudi-sudilah tuntut ye...

Sayu rasanya bila bapak kerap mengulang ayat, "Kalau bapak tak panjang umur..."Saya berkongsi cerita ini sekadar peringatan untuk diri saya dan sahabat-sahabat tentang pentingnya kita menjelaskan hutang. Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat, "Orang yang kaya bukan dinilai dengan banyaknya duit tetapi orang yang kaya ialah orang yang tidak berhutang." Saya sendiri tidak pasti sama ada saya masih mempunyai hutang yang belum dibayar sewaktu kecil-kecil dahulu. Risau sekiranya hutang-hutang tersebut dituntut di akhirat kelak. Satu lagi perkara penting yang mungkin kita terlepas pandang ialah wasiat. Ajal dan maut di tangan Allah SWT dan bila-bila masa nyawa kita akan diambil. Mungkin dengan post ini boleh membuka minda kita tentang kepentingan menulis wasiat.

_______________________________________________________________________________________________________________________________


PENGERTIAN WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya.Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

DALIL PELAKSANAAN WASIAT

Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.

-Surah Al-Baqarah: 180
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.

-Hadis riwayat Ibnu Majah

Gambar sekadar hiasan


FAEDAH PENULISAN WASIAT
  • Mengurangkan pertikaian waris

  • Wasi ditentukan dan dilantik

  • Pembahagian ditentukan sendiri

  • Harta terpelihara = tidak terjual/tergadai

  • Menjamin kesaksamaan dan memelihara hak antara waris

  • Cepatkan pentadbiran pusaka

TIGA SEBAB MENGAPA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

1. Mempercepatkan proses penyelesaian pusaka

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 - 12 bulan berbanding di antara 2 - 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.


2.
Melunaskan hutang dan tanggungan

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang,ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.: Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.

-Hadis riwayat Muslim

Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat adalah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris. Ini bermakna dokumen wasiat adalah satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah menjadi
sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak


3.
Menyempurnakan hak dan hasrat

-untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)

-untuk diri anda (yang pasti mati)

a) Menyempurnakan HAK ( waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telah ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan spt waris terdinding, cucu yg kematian ayah, anak angkat,ibu bapa angkat dan sebagainya (terhad 1/3 drpd pusaka bersih).

Sumber : http://wasiat-tasha.blogspot.com/2008/04/penulisan-wasiat.html


_______________________________________________________________________________________________________________________________

Ilmu Faraid yang pernah saya pelajari di Sekolah Agama Johor dahulu kini bukan sekadar teori untuk peperiksaan sahaja tetapi perlu diaplikasikan. Cuma sayang...ilmu tersebut telah lama saya tinggalkan...mungkin ini permulaan untuk saya mempelajari dan mengingati semula ilmu Allah ini. Kepada yang merasakan saya berhutang dengannya...sudi-sudilah tuntut ye...

Wallahua'lam