Semangat Yang Hilang
Oleh: XPDC
Tidak engkau seorang
Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya
Di dalam kubur mana pun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran
Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang
Oh kita cari pulang
Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam
Salam...
Hmm...tiba-tiba teringin dengar lagu nih...zaman kecik-kecik dulu suka sangat dengar...
Sebenarnya...terasa hilang semangat...
Hilang semangat untuk menjalankan kehidupan sehari-hari. Jangan pula salah anggap ye! Bukan putus asa untuk hidup. Cuma...kesungguhan dalam melakukan setiap aktiviti kehidupan terasa begitu hambar. Hanya mengikut arus. Rindu juga akan diri yang lama. Walau sekecil manapun peranan yang diterima sebagai seorang makhluk beraqal di muka bumi Allah ini, diri ini masih tetap bersungguh melaksanakannya pada ketika itu.
Puncanya??? Hmm...tidak pasti. Menurut John Gray dalam bukunya Men From Mars, Women From Venus, setiap lelaki akan mengalami suatu ketika di mana mereka perlu masuk ke GUA untuk bersendiri. Mereka akan keluar dengan sendirinya dari GUA tersebut apabila tiba masa yang sesuai. Wanita pula akan jatuh ke dalam PERIGI masing-masing. Mereka akan jatuh jauh ke dalam PERIGI tersebut dan hanya akan naik semula sekiranya telah mencecah ke dasarnya. Mungkin saya masih belum mencecah ke dasar PERIGI hidup saya untuk naik semula. Just a guess..
Misi : Perlu membawa pulang semangat yang hilang!
Semangat telah kembali!
ReplyDelete