Wednesday, August 12, 2009

Istimewa dari AZians

Salam'alaik...

"Ana jumpa Kak Wani dalam program weekend lepas. Dia tanya...bila Ina konvo? Tak bgtau pun..."

SMS yang diterima daripada seorang sahabat muslimin pada petang itu sangat meresahkan hati. Saya terlupa satu perkara yang penting! Majlis Konvokesyen bakal menjelang lebih kurang seminggu sahaja lagi tetapi saya terlupa untuk meng'update' tentang perkembangan diri saya kepada penghuni-penghuni Anjung Zahrah (AZ), kediaman semasa saya berpraktikal di Petaling Jaya dahulu. Rumah sewa yang mempunyai tujuh buah bilik itu di sewa oleh 14 orang gadis dalam lingkungan umur 21 hingga 26 tahun.

Hampir kesemuanya sudah bekerja atau menyambung master kecuali saya dan dua orang yang lain yang sedang berpraktikal. Menjadi adik bongsu dalam keluarga AZ merupakan saat yang manis bagi saya walaupun ada juga yang sebaya dengan saya dalam rumah alumni Universiti Malaya itu. Saya dikelilingi oleh kakak-kakak yang 'pelbagai'. Masing-masing mempunyai karekter, latar belakang dan bidang kerja yang berlainan dan saya kira tidak mampu untuk saya ceritakan satu-persatu di sini.

Sayu rasa hati ini apabila mengenangkan peritnya 'dicampakkan' seorang diri di sana tanpa mengenali sesiapa pun. Tetapi hanya Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Perkenalan sepanjang lapan bulan bersama mereka sudah cukup meninggalkan kenangan yang insyaAllah akan sentiasa saya ingati dalam hidup saya. Allah telah mengurniakan saya satu keluarga baru yang pastinya istimewa di hati saya.

Dengan pantas saya mengarang ayat untuk memberitahu mereka tentang Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung pada 16 Ogos ini. SMS dihantar kepada mereka secara 'pukal' untuk mempercepatkan update. Mujur telefon bimbit Sony Ericsson yang saya beli menggunakan elaun praktikal setahun yang lepas mempunyai teknologi ini...mudah sikit. Lagu Usah Putus Asa yang dijadikan messege alert kedengaran berulang-ulang kali tidak lama selepas itu...


Semasa menunggu bas untuk masuk ke Taman Tamadun Islam pada hari pembukaannya.
Dari kiri: Kak Mas, Kak Ina Sr. Kak Wani, Kak Bah dan Kak Faiz





"Wah, tahniah!" orang pertama yang membalas SMS saya, Kak Mas.

"Wassalam..tahniah =) apa plan lps ni?" Kak Syahid yang rajin mengulangkaji bahasa Arab di rumah sewa kami membalas.

"Tahniah adikku. Zaman berjuang di medan sebenar telah bermula...", kata-kata seorang penulis muda, Kak Ummu Hani.




Menghadiri walimah adik Kak Syahid di Taman Melati
Dari kiri: Kak Bah, Ina Jr. (saya), Kak Mas, Kak Faiz, Kak Syahid, Kak Dijah, Kak Iffatun, Kak Ummu dan Kak Ina



"Alhamdulillah! Tahniah my dear! Glad to hear that. Ni mesti pass with distinction. Apa plan Ina pasni? Sambung master skrg kan?" Kak Bah, ummu Aqilah bertanya.

"Congrats Ina, tumpang gembira. Senang2 datang lagi AZ ye..." Kak Rena, roomate yang selalu memerhati gelagat saya.

"Yeke..alhamdulillah. Tahniah2...", ringkas daripada Kak Zarina yang glamor dengan panggilan Kak Ina Senior, panggilan baru setelah saya hadir dalam hidupnya di AZ. Hehe...saya pula digelar Ina Jr.



AZ was here : Bergambar selepas bermain air laut semasa berkunjung ke Marang
Dari kiri: Kak Mas, Kak Ina Sr., Kak Wani, Kak Bah, Ina Jr. (saya) dan Kak Faiz



"Alhamdulillah :) tahniah Ina. Selamat melangkah ke alam kerjaya. Dapat kerja kat Petronas?" sms dari Kak Dijah, seorang sarjana dalam bidang ilmu falak yang berkahwin dengan Ustaz Ramadhan Fitri.

"Congratulation my sis...All the best and welcome 2 next stage...work field" mesej terakhir yang diterima dari Kak Hana yang comel..(^___^)

Tersenyum lebar membaca sms-sms kiriman housemates AZ sekalian. Syukran for the special wishes...insyaAllah kalau saya panjang umur...sampailah saya di AZ nanti...

Ala kulli hal...syukran wa asif...

3 comments:

  1. Hehe, seronok berukuhuwah ini, bila semuanya kerana Allah, mg ukhuwah kita kekal hingga ke syurga,
    =)

    ReplyDelete
  2. halamak yang, kfaiz ttinggal train la!

    Tahniah2...medan lbh mcabar mnunggu di musim master. sama2 la mmikul ilmu bsama ktrg...slmt mcicip manisnya 'derita' master...huhuu....manis bila ingatn ilmu ini utk semua

    ReplyDelete
  3. kak Shahid11:48 AM

    wah...Ina ada blog rupenye, br tau. Pape pun, slmt maju jaya. akak menyokong kata-kata kak Faiz "bersama2 la memikul ilmu bersama ktrg...slmt mencicip manisnya 'derita' master"...hehe.. STRIVE FOR EXCELLENCE!

    ReplyDelete