Siapakah Diriku Sebenarnya
"Wow...buku Membina Hati Bahagia...Motivasi Diri Wanita... ," secara spontan kata-kata ini meniti di bibir saya sejurus terpandang tajuk buku yang dipinjam oleh seorang sahabat saya di perpustakaan tempoh hari.
Buku siri Extra Mind yang ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar itu agak catchy dengan pemilihan warna kegemaran majoriti wanita sebagai warna kulit bukunya dan judul yang straight-to-the-point. Daripada banyak-banyak koleksi buku saya, saya masih belum memiliki mana-mana hasil tulisan beliau. Namun, saya pernah menghadiri progam motivasi yang dikendalikan oleh beliau di UTP suatu ketika dahulu. Beliau gemar memakai pakaian yang berwarna terang sewaktu memberi ceramah motivasi. Seingat saya, beliau memakai kot berwarna kuning terang pada waktu itu. Itulah perkara yang paling diingati tentang diri beliau. Pengisiannya...wallahua'lam.
Sewaktu menanti sahabat saya menyelesaikan urusannya pada hari itu, saya sempat membelek buku tersebut. Penulis membahagikan cerita-ceritanya kepada tajuk-tajuk kecil. Satu demi satu tajuk saya baca pada halaman kandungan. Ada beberapa tajuk yang menarik tetapi saya lebih tertarik untuk menyelak halaman 304, Siapa Diriku Sebenarnya. Pada awalnya saya beranggapan yang tajuk itu menyediakan satu cerita motivasi tentang bagaimana mengenal diri tetapi penulis mengambil pendekatan yang berbeza. Terdapat 21 soalan yang perlu dijawab dalam menentukan sama ada kita seorang yang bahagia atau sebaliknya.
Menarik! Saya terus menjawab soalan-soalan yang tertera pada muka surat 304 hingga 311 tanpa berfikir panjang. Arahan untuk tidak memperuntukkan banyak masa untuk memilih jawapan saya patuhi untuk mengelakkan unsur-unsur tidak jujur dan mereka-mereka jawapan.
A Saya seronok dengan kehidupan saya.
B Saya agak seronok dengan kehidupan saya.
C Saya tidak gembira dengan kehidupan saya.
D Saya tidak lagi gembira dengan kehidupan saya.
E Saya tidak gembira langsung dengan kehidupan saya.
A Saya sentiasa menilai diri saya untuk meningkatkan motivasi diri
B Kadang kala saya menilai diri saya.
C Saya tidak begitu memikirkan diri saya.
D Saya langsung tidak memikirkan tentang diri saya.
E Saya tidak berguna.
A Saya rasa sayang dan menghormati diri sendiri.
B Saya sukakan diri saya.
C Saya tidak puas hati dengan diri sendiri.
D Saya tidak menyukai diri sendiri.
E Saya amat menyampah dengan diri sendiri.
A Saya puas hati dengan kehidupan saya.
B Kehidupan saya agak memuaskan.
C Saya rasa kehidupan saya sepatutnya lebih memuaskan.
D Tiada apa yang boleh memuaskan hati saya.
E Tiada suatupun di dunia ini yang boleh memuaskan hati saya lagi.
Antara 4 soalan yang menarik daripada 21 soalan yang perlu dijawab
Selepas menjawab kesemua soalan, saya perlu mengira markah yang saya perolehi. Setiap jawapan A akan mendapat 4 markah, jawapan B pula 3 markah, jawapan C; 2 markah, jawapan D; 1 markah dan jawapan E tidak akan mendapat apa-apa markah. Jumlah markah akan dibandingkan dengan peringkat-peringkat dibawah. Cuba teka markah saya berada dalam peringkat mana?
78-84
Hubungi saya dan nyatakan pencapaian anda itu. Saya juga ingin mengetahui bagaimana anda melakukannya
64-74
Anda seorang yang bahagia walaupun prestasi itu boleh ditingkatkan
54-64
Sedikit sebanyak anda hilang keceriaan
44-54
Anda mungkin seorang pemuram dan perlukan bantuan
20-44
Anda cukup tertekan dan kehilangan bahagia
0-20
Anda telah kehilangan sinar dalam hidup
Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Susunan lirik indah dalam alunan nasyid Hakikat Bahagia ini menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep kebahagiaan. Kebahagiaan itu adalah suatu kesyukuran dan hakikatnya, bahagia itu adalah ketenangan. Mungkin kita terlalu memikirkan kesusahan dan kepayahan hidup sehari-hari hingga kita terlupa untuk bersyukur. Mungkin juga benak fikiran kita terlalu kusut, tepu dengan permasalahan yang menyerang diri sehingga kita tidak mampu menenangkannya. Pada hakikatnya kita mampu untuk hidup bahagia. Walau apa juga keadaan yang kita hadapi sama ada yang baik atau sebaliknya, senangkanlah hatimu sebagaimana yang tertulis dalam sebuah sajak daripada buku Tasawuf Moden oleh Prof. Dr. Hamka (klik di sini untuk ke halaman pautan sajak).
Terasa Bahagia
Selama ini saya tidak pernah terfikir bahawa saya adalah seorang yang bahagia. Mungkin kerana terlalu asyik meletakkan masalah di hadapan mata. Happiness...something that we decide ourselves. Skor yang saya perolehi untuk soalan-soalan yang dijawab berada di peringkat yang pertama. Tidak disangka! Hmm...saya baru tersedar. Apabila ditanyakan semula pada diri...sememangnya saya dapat merasai ketenangan dan kesyukuran dalam jiwa. And I just found it out!
Saya akhiri post kali ini dengan satu petikan ringkas daripada salah satu buku tulisan Ustaz Zahazan...
Jiwa Orang Yang Bahagia
Orang yang bahagia itu akan selalu meluangkan masanya untuk:
- MEMBACA kerana membaca itu sumber hikmah
- TERTAWA kerana ketawa itu muziknya jiwa
- BERFIKIR kerana berfikir itu pokok kemajuan
- BERAMAL kerana beramal itu pangkal kejayaan
- BERSENDA kerana bersenda itu akan membuatkannya muda selalu
- BERIBADAT kerana beribadat itu ialah ibu untuk segala ketenangan jiwa
Is'adul-Mar'ah, Dr. 'Aidh bin Abdullah al-Qarni
salam..
ReplyDeleteakak..alhamdulillah, nice post..
suke2..
syukran kak.. :)
assalamualaikum akak
ReplyDeletealhamdulillah kalau ade allah akan sentiasa
bahagia walaupun dalam kekelang-kabutan exam
semoga allah tidak menarik nikmat bahagia
:)
wardatuljannah: Afwan...sekadar berkongsi rasa dan cerita...
ReplyDeletehatiku bermunajat: Yupp! Allah will always be with us...insyaAllah...dan pilihan berada ditangan kita...bahagia atau derita...