Sunday, August 01, 2010

Jawa Mari~

Lama juga tidak merasa masakan Jawa. Tempoh hari saya dan Adlina diundang oleh Cik Sakinah Ummah untuk memasak (rasa macam chef jemputan pula...jangan marah ye Cik Sakinah Ummah) dan menu pilihan ialah Tempe Goreng Berempah Sambal Kicap, Sambal Goreng Jawa dan Sambal Udang. Saya dan Cik Sakinah Ummah begitu teruja memandangkan kami sama-sama orang Johor dan orang Jawa. Dapat menjamu lauk-lauk berunsurkan tempe merupakan satu nikmat bagi kami. Hehe~


Sambal Goreng Jawa. Kali terakhir saya memasak menu ini...sewaktu menyediakan makanan tengah hari untuk gathering bersama sahabat praktikal di Rimba Jimbara (berhampiran dengan Zoo Negara). Memasak bersama Kak 'Iffatun, juga orang Jawa.


Sambal Udang air tangan Cik Sakinah Ummah. Memang superb pedas~

Gambar Tempe Goreng Berempah Sambal Kicap tidak sempat diambil kerana telah habis dimakan. Angkat sahaja dari cooker lesap, angkat sahaja hilang. Memang enak dimakan ketika masih panas. Hampir kesemuanya  'masuk' ke dalam perut tanpa sempat dihidangkan. Thanks to Cik Sakinah Ummah atas jemputan memasak. Sudah lama juga  tidak memasak sejak berpindah dari rumah sewa. Lain rasanya memasak menggunakan dapur gas dengan multi-purpose cooker. Tetapi dapat menikmati keenakan masakan Jawa tempoh hari..memang sangat puas hati.

3 comments:

  1. erk..malangnya percentage jawa saya tak sehebat akak, kak iffatun, dll..

    mungkin budaya makanan jawa tu je lekat sikit.

    jejom men masak2 lagi..ada menu surprise johor mari=) [tapi tak reti buat, akak la lagi yang kene buat]....

    ReplyDelete
  2. Menu suprise Johor...hmm..menu ape la agaknya..
    Haa~ nnti akk masakkan Mee Bandung Muar nak?

    ReplyDelete
  3. akak..we have chemistry so closeeee=)

    tu la yang terfikir lately ni...cerewet sgt kalau makan kat kedai. susah nk jumpa yang satisfying=)

    ReplyDelete