Assalamualaikum w.b.t
Mendidik Sifat Pemurah Dalam Diri
Tabung As-Siddiq
Setiap kali saya melangkahkan kaki ke Baitul Makmur, bilik mesyuarat milik Rakan Masjid di Masjid Lama, setiap kali itu jugalah saya akan 'bertemu' dengan sebuah kotak yang sangat istimewa. Hiasan bulan dan tulisan Tabung As-Siddiq yang membaluti kotak itu kelihatan agak lusuh. Warnanya begitu pudar. Itulah kotak kasut yang telah ditukar fungsinya menjadi sebuah tabung yang digunakan untuk mengutip hasil infaq setiap kali mesyuarat MTME dan liqa' Rakan Masjid diadakan lebih kurang dua tahun yang lalu. Teringat kenangan pahit manis sewaktu saya memegang jawatan bendahari 2 Rakan Masjid Sesi 2008/2009.
Tabung itu merupakan satu inisiatif untuk mendidik ahli-ahli Rakan Masjid untuk menyumbang, untuk memberi infaq. Hasil kutipan tabung itu kemudiannya digunakan untuk menyokong perbelanjaan Rakan Masjid dalam menggerakkan agenda 'Membina Bi-ah Solaheh' di bumi UTP dan qariah sekitarnya. Pada waktu itu, saya tidak begitu mahir dalam menguruskan hal ehwal kewangan persatuan. Berkat bimbingan daripada rakan setugas, banyak perkara yang dapat saya pelajari sepanjang memegang peranan sebagai bendahari termasuklah kepentingan mewujudkan budaya menyumbang/infaq dalam sebuah badan Islam!
Pada peringkat awal tabung ini dicadangkan, kami begitu ketandusan idea hendak memilih nama yang sesuai untuk menggambarkan peranannya sehinggalah rakan setugas saya menceritakan kisah Saidina Abu Bakar dalam perang Tabuk. As-Siddiq akhirnya dipilih sebagai nama tabung bersempena dengan nama gelaran sahabat Nabi Muhammad s.a.w ini. Kisah pengorbanan Saidina Abu Bakar yang sanggup menyerahkan keseluruhan harta yang dimiliki beliau untuk perang Tabuk diambil sebagai sumber inspirasi dan motivasi dalam mendidik sifat pemurah dalam diri setiap ahli.
Pengorbanan As-Siddiq
Dalam perang Tabuk, apabila Nabi Muhammad s.a.w melancarkan tabung bantuan perang untuk persediaan angkatan perang. Para sahabat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Saidina Uhtman dan Abdul Rahman bin Auf menyumbang sejumlah yang besar. Begitu juga dengan Saidina Umar yang menyumbangkan separuh daripada hartanya.
Saidina Abu Bakar juga tidak ketinggalan untuk menyumbang. Setelah mendengar kekasih Allah itu mengumumkan tentang bantuan perang yang diperlukan, beliau pulang menemui isteri beliau dan memintanya mengumpulkan semua harta yang ada tanpa meninggalkan sedikitpun.
Apabila Saidina Abu Bakar berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, baginda bertanya, "Apakah sumbangan kamu wahai Abu Bakar?"
Saidina Abu Bakar menyerahkan sumbangan beliau dan menjawab, "Inilah semua harta yang ada pada saya."
Baginda bertanya lagi, "Apakah yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?"
"Saya tinggalkan untuk mereka, Allah dan Rasul", Saidina Abu Bakar menjawab dengan tegas. Hal ini membawa erti, selagi Allah ada dan selagi Rasul ada, tidak mungkin keluarga beliau akan berhadapan dengan masalah.
Sejak itu, Saidina Umar menekad tidak akan bersaing lagi dengan Saidina Abu Bakar. Walaupun jumlah sumbangan beliau jauh lebih banyak daripada Saidina Abu Bakar, namun Saidina Abu Bakar menyumbang keseluruhan harta yang dimiliki beliau. Begitu besar pengorbanan Saidina Abu Bakar.
Begitu hebat sahabat-sahabat yang mendapat tarbiyah secara langsung daripada Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing bersaing dalam melakukan kebaikan. Dan sungguh tahap pengorbanan yang ditunjukkan dalam kisah ini seharusnya menjadi satu suntikan semangat kepada kita untuk sentiasa menyumbang dan memberi!
Rasulullah Paling Banyak Memberi!
Kebiasaanya, ramai yang agak berat untuk menyumbang lebih-lebih lagi tatkala diri sendiri dalam kekurangan. Namun, Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh terbaik apabila baginda sendiri menyumbang semasa baginda susah atau senang.
Rasulullah s.a.w sumber motivasi terbaik!
Rasulullah s.a.w sumber motivasi terbaik!
Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w merakamkan baginda memberi bukan sahaja sewaktu senang, bahkan semasa susah. Sewaktu susah, Rasulullah s.a.w memberi penuh kesabaran. Sewaktu senang baginda memberi penuh kesyukuran. Orang Arab Badwi yang menerima pemberiannya penah berkata: "Dia memberi tanpa takut kepada kekurangan."
Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, 'Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau mensedekahkan) hartanya.' Sedangkan malaikat yang kedua berdoa 'Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.'" (Riwayat Bukhari no. 2383) .
Sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa, 'Ya Allah berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (iaitu menderma atau mensedekahkan) hartanya.' Sedangkan malaikat yang kedua berdoa 'Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.'" (Riwayat Bukhari no. 2383) .
Jom Menyumbang!
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 261: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
Yakinlah bahawa Allah akan melipatgandakan pahala setiap apa yang kita sumbangkan pada jalan-Nya. Jom menyumbang!
Sumber :
- Solusi Isu No.14
- Jejak Rasul 13
P/s: Baru-baru ini, saya menghadiri ceramah Palestin dan penceramah, Ustaz Imran Al-Malizi menekankan bahawa jihad bagi umat Islam yang berada di luar Palestin adalah fardu ain dengan harta-bendanya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusof Al-Qaradawi. Hukum bersedeqah untuk Palestin adalah fardu ain dan bukannya sunat.
bezanya menyumbang dan bekorban
ReplyDeletebiar kita ada sikit..sumbanglah lagi :)
Itu dia..rakan setugas (ex) sudah berbicara...
ReplyDeleteYupp2 menyumbang berbeza dgn berkorban...
Jom berkorban juga!
hikmah memberi.. semoga kita menjadi org y memberi kerana tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.. dalam rezeki kita ada milik orang lain.. jadi pulangkan balik kepada yang empunya... nice entry.. huhu.. ramadhan da nak mendekat, jom tingkatkan amalan sedekah~
ReplyDelete