Sunday, October 09, 2011

Hurt

Being ignored and disregarded by a close friend without knowing the reason is somehow hurting me so much...


No matter what reason it is...my prayer for your success and happiness would always be there as I owe you one and I would never forget it.

So sorry

"Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati"

Friday, September 30, 2011

Ada Cuti Ke Jadi Manusia?


Alhamdulillah...hari ini genap 2 bulan 12 hari saya bergelar Software Design Engineer di Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. Walaupun sebelum ini saya penah menjadi Graduate Assistant/Tutor selama lebih kurang 2 tahun, namun pekerjaan sekarang ini boleh saya katakan sebagai pekerjaan industri pertama saya. Ya, saya pernah menjalani latihan industri selama 8 bulan sebelum ini, juga di sebuah kilang. Namun, pengalamannya cukup berbeza!

Dari segi suasana kilang, saya sudah terbiasa dengan pakaian informal, makanan di kantin yang murah dan juga bersesak-sesak dengan pekerja kilang yang sangat ramai. Pengalaman berbeza yang saya maksudkan ialah dari segi budaya kerja, tanggungjawab dan expectation yang diberikan. Latar belakang saya yang pernah menjadi tutor untuk subject C++ menjadikan expectation daripada orang atasan pada saya lebih tinggi. Lebih-lebih lagi untuk cepat belajar dan melaksanakan tugas.

Ternyata, setelah lebih kurang 2 bulan bekerja, saya merasakan pengalaman 2 tahun sebagai tutor masih belum cukup membantu. Terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan terokai. Ilmu di dada ini masih terlalu sedikit untuk dijadikan bekalan dalam menjalankan tugas menyediakan sistem pemeriksaan televisyen di sana. Dengan bantuan teman-teman sekerja yang sangat supportive, hari-hari dilalui dengan lancar walaupun sangat sibuk.

Pakaian kerja Sony EMCS

Jika dapat digambarkan perasaan ini dengan satu perkataan, saya konklusikannya sebagai CABARAN! Selain dapat merasai pengalaman mengaturcara sistem serumit dan sekompleks di kilang ini, banyak lagi cabaran lain yang menyebabkan otot-otot di muka ini selalu sahaja berkerut dan neuron-neuron di otak ini tidak berhenti-henti bekerja. Kekangan masa untuk menyiapkan master yang kini dijalani secara sambilan; pembahagian masa untuk diri, keluarga (baca: emak), sahabat serta amal Islami; penjagaan ibadah saban hari; dan juga terdedahnya diri kepada dosa dan ketidakredhaan Allah. Point terakhir begitu meresahkan hati ini. Yang paling ketara, ikhtilat semasa bekerja agak mencabar untuk dijaga. Begitu juga dalam menjaga waktu solat.

Perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah yang mengambil masa lebih kurang 15 minit ke 20 minit dengan menunggang motorsikal selalunya akan menjadi medan muhasabah bagi diri ini. Berhadapan dengan risiko kemalangan yang tinggi saban hari menyebabkan saya sentiasa mengingati mati. Sudahlah amal ibadah kurang, dosa pula bertambah. Astaghfirullah! Semoga diri ini dapat menjaga keberkatan hidup dan rezeki yang diterima. Doakan diri ini  sentiasa dipelihara dan dirahmati Allah dunia dan akhirat ya.

Wallahua'lam

P/s: Disertakan sedikit perkongsian dan peringatan ringkas sebagai muhasabah diri ini sebagai seorang pekerja.

Intipati Kuliah Subuh 17 Ramadhan:
1. Kerja bukan untuk cari REZEKI, tapi sebagai IBADAH kepada illahi.
2. Rezeki tak boleh dicari, tapi hanya boleh diperolehi dengan bertaqwa kepada Allah.
3. Rezeki bukan hanya duit semata, tapi duit itu salah satu drpd berbagai rezeki yang Allah beri.
(Kupasan Ayat Seribu Dinar)

Sumber: Facebook Wall Abg Firdaus Azizi
Petikan dialog yang diadaptasi dari sebuah novel:

Ismail     : "Banyak kerja ya encik?"
Saifullah : "Hidup manusia, memang setiap masa kena bekerja Ismail."
Ismail     : "Walaupun masa cuti ke?"
Saifullah : "Menjadi hamba itu sendiri satu kerja Ismail."
Ismail     : "Ha? Encik ni, saya tak fahamlah. Menjadi manusia itu sendiri satu kerja?"
Saifullah : "Em, manusia diciptakan dengan tanggungjawab sebagai khalifah kepada bumi ini,
                dan sebagai hamba kepada Illahi.
                Justeru, dia hidup untuk menyelasaikan kerjanya atas dua perkara ini.
                Ada cuti ke jadi manusia?"
Ismail     : "Mana ada."
Saifullah : "Jadi, setiap masa hidup kita ini bekerja untuk-Nya.
               Walaupun sekarang ni nampak macam kita bekerja untuk Institut Perguruan,
               tetapi sebenarnya ini pun kerja kepada-Nya.
               Sebab ini semua adalah ibadah, selagi mana berada di atas jalan yang Allah suka, 
               dan kita pula ikhlas melakukannya."

Sumber : Novel Terasing karya Saudara Hilal Asyraf 

Semoga bermanfaat

Sunday, September 18, 2011

Jodoh Mereka~

Salam'alaik

Masih dalam mode kembara kahwin saat ini. Bukan saya yang berkahwin tetapi sahabat-sahabat dan juga junior saya. Cuti pada hari Jumaat, 16 September 2011 dimanfaatkan untuk memulakan pengembaraan saya dan tiga lagi orang sahabat ke utara. Misi kami adalah untuk menghadiri empat walimatul urus. Dua di Kedah dan dua lagi di Perak. Kesempatan yang sama kami ambil untuk menziarahi rumah dua orang sahabat lain dalam perjalanan ke utara.

Terima kasih diucapkan kepada Kak Shahidatul Mazidah atas pelawaan Open House tempoh hari. Sekalung penghargaan juga ditujukan khas kepada Maziah Muslimah dan keluarga yang sudi menumpangkan kami di rumah kalian. Buat pasangan Hani Sabrina & Abg Mie, Khadijah & Bubble, 'Izzati & Zulfadhli dan Rufaidah & Muhammad, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Semoga baitul muslim yang dibina dapat membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk meningkatkan ketaataan dan ketakwaan pada Allah SWT.

Kini saya perlu menukarkan mode kepada conference presentation pula. Esok saya bakal membentangkan kertas kerja master saya di National Postgraduate Conference 2011 yang diadakan di UTP. Perlu berusaha menyiapkan slide presentation yang masih belum bersentuh lagi. Terasa seronok dapat kembali ke UTP semula setelah 2 bulan tinggal dan bekerja di Serdang. Mudah-mudahkan dapat mengekalkan momentum Master selepas presentation esok. ^________^

Bersama Kak Shida di hadapan rumahnya di Cheras

Membeli-belah di Pekan Rabu sebelum ke walimah di Alor Setar

Bersama Hani Sabrina & Abg. Mie sejurusa selepas ketibaan pengantin

Bersama Khadijah & Bubble di Restoran Bendang di Kelubi

Bersama 'Izzati & Zulfadhli di Taman Tasik Taiping ketika outdoor photoshoot mereka

Bersama Rufaidah & Muhammad di Kg. Kepayang, Perak

Dedikasi utk pasangan pengantin baru:


OOOh Yeaah OOOh
Today smiles all around
Both of you shinning with facing so bright 
These memories will always remain
Deep in your hearts brightening the darkest night
We always pray your everyday 
Will be blessed with joy 
May all your dreams come true

Look now, happiness is all around 
Your love has brightened up the night sky 
Your loved ones are gathered here just to say
Oh .. Congratulation !!

Ya Allah berkati pasangan ini
Bahgia hidup berkasih sayang 
Rasulullah indahnya sunnahmu
Dunia terasa bagai di syurga

We always pray your everyday 
Will be blessed with joy 
May all your dream come true

Look now, happiness is all around
Your love has brightened up the night sky
Your loved ones are gathered here just to say 
Oh .. Congratulation !!

mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you
mabrook x3 congratulations to you

Yeeaah


Itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ini. Masa untuk menyiapkan slide presentation! /o/  \o\  /o/  \o\ \o/




Sunday, September 11, 2011

'Berseninya' Lukisan Seorang Kanak-Kanak

"Mak, nnti jangan lupa bawak sekali fail lukisan-lukisan Ina mase pindah barang nnti ye", saya mengirimkan pesanan dari nun jauh di Perak kepada emak supaya tidak lupa membawa fail tersebut sewaktu keluarga saya memindahkan barang-barang dari rumah Johor Bahru ke kampung di Batu Pahat beberapa tahun yang lepas. Fail tersebut menyimpan koleksi lukisan saya sejak daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Sayang sekali sewaktu saya mengambil subjek Pendidikan Seni Visual di MRSM Pontian dahulu, hanya sekeping lukisan sahaja dapat diarkibkan. Yang lain entah ke mana. Mungkin masih tersimpan di Bilik Seni maktab rendah itu.

"Mak aih, kau boleh buat Muzium Inah!", ujar abang saya sewaktu saya memintanya membawa fail lukisan tersebut bersamanya sewaktu mahu berangkat ke Melaka sebelum pulang ke Kuala Lumpur semasa Hari Raya Aidilfitri pertama baru-baru ini. Agak lama juga fail itu ditinggalkan di kampung. Kebetulan Aidilfitri kali ini kami berpeluang pulang ke Batu Pahat. Dapatlah kami mengangkut beberapa barang yang masih belum dipindahkan ke rumah baru kami di Seri Kembangan. Namun, sebahagian daripada barang-barang kami telah rosak dimakan anai-anai. Mujur fail tersebut terselamat.

Sebenarnya tidaklah begitu banyak lukisan simpanan saya. Sekadar mahu berkongsi hasil lukisan ini dengan pembaca sekalian.

"Sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji semuanya!"
Darjah 3 Anugerah

"Kolaj Manggis"
Darjah 4 Anugerah

"Kolaj"
Darjah 4 Anugerah


"Bentuk"
Darjah 4 Anugerah


"Selamat Hari Raya"
Darjah 4 Anugerah


"Air Terjun"
Darjah 4 Anugerah


"Pantai"
Darjah 4 Anugerah


"Taman Bunga"
Darjah 4 Anugerah


"Anyaman"
Tingkatan 1A


"Warna Sewarna"
Tingkatan 2 Sains 1


"Rupa Bentuk"
Tingkatan 2 Sains 1


Yang lain akan ditambah kemudian ^__^

Monday, May 09, 2011

Fren 4 Eva

Sayang isteri, tinggal-tinggalkan...
Sayang anak, tangan-tangankan...
Sayang sahabat??

Few latest great moments with my dearest sahabat~

Kak Su's Wedding

Kak Sa'adi's Wedding

Shell Walk-in Interview with Hidayah Hassan

Just want to decicate this special song to them and all my great, wonderful sahabat all over the world!

To Kak Su and Kak Sa'adi: Selamat Pengantin Baru! Smg dapat jadi isteri cerdik yang solehah ye ^_^

Thank You

Album : Cry For Freedom
Munsyid : Mirwana

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you for simply being my friend
For the special memories
We shared together now
For the neverending support you always give me
Oh friend...oh...

I will always love you
I can't tell how much that you meant to me
I pray for our everlasting friendship
Never ever say goodbye to yesterday
Cause yesterday was so special and wonderful
And i hope tomorrow will be better
Thank you for everything

Thank you for simply being there
On a cloudy day, on a sunny day
Thank you for sharing your joice and pain with me
For showing me that i'm so special
That my contribution count to our friendship
I have grown as a person
And i hope you have too..
Oh friend...

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you...
Thank you..
Thank you..
Just for you

Thank you

Friday, April 22, 2011

Indahnya Nikmat Sihat Itu

Assalamualaikum w.b.t

"Kalau ikutkan ujian darah dan tiroid, awak sihat. Tapi awak rehat dulu daripada heavy excercise untuk 3 bulan ye," doktor Hospital Batu Gajah berketurunan cina itu menasihatkan saya untuk mengurangkan aktiviti sukan berat sepanjang tempoh pemantauan akibat kecederaan dalaman yang saya alami. 

Agak berat juga untuk mengikut nasihat itu kerana aktiviti berenang, jogging dan latihan gimnasium sudah menjadi sebahagian daripada rutin saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menunggang motorsikal juga kadang-kala boleh menyebabkan kecederaan tersebut. Jadi, mungkin selepas ini perlu lebih banyak berjalan kaki daripada menunggang AHB4686. 

Redha sahaja kerana mungkin ini adalah kifarah dosa untuk saya. Semoga Allah memberi kesembuhan.

Walau apapun, terima kasih kepada doktor-doktor dan nurse yang baik hati itu!

Kartun doktor dan nurse yang dilukis atas permintaan seorang sahabat untuk pertandingan mewarna program kesihatan di Bandar Tun Razak.
Gambar sekadar hiasan

Saturday, April 09, 2011

Disiplin Diri : Mulakan Dengan Menjaga Waktu Solat

Assalamualaikum w.b.t

Di saat teman-teman seangkatan yang lain sedang sibuk menyiapkan tesis sarjana mereka, saya pula masih belum mampu memahamkan supervisor saya tentang penyelidikan yang telah dan sedang saya lakukan. Konflik yang bermula sejak semester pertama pengajian lagi masih berlarutan. Sudut pandangan seorang engineer dan seorang technologist memang benar-benar berbeza. Menjadi orang tengah di antara keduanya juga merupakan cabaran yang perlu saya hadapi untuk menyelesaikan pengajian saya di sini kerana saya perlu menepati expectation yang berbeza daripada kedua-dua supervisor saya. Namun, tidak seharusnya saya menjadikan situasi ini sebagai alasan mengapa penyelidikan saya kurang berhasil.

Menguruskan permohonan untuk memanjangkan lagi tempoh pemberian skim Graduate Assistanship membuatkan saya terfikir betapa saya sudah membazirkan masa selama hampir empat semester (hampir 2 tahun!) di sini untuk perkembangan yang sangat sedikit seperti sekarang ini. Rugi rugi...sangat rugi. Namun, masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali. Apa yang pasti, saya perlu meningkatkan daya dan usaha untuk memastikan diri ini dapat bergraduasi pada tahun ini juga. Not more than that! I need to be productive enough so that I can achieve the aim. Oleh kerana pemboleh ubah tetapnya ialah masa, maka saya perlu lebih berdisiplin dengan masa. Thanks to Didi, my usrahmate as she had gave me a great tip on how to be more discipline. The tip is I need to start by praying on time!


Semoga Allah mempermudahkan urusan....aminnn. Doakan saya berjaya menghabiskan pengajian saya bulan 9 ini ye sahabat-sahabat ^_______^

Tuesday, March 15, 2011

Karya Seni 4

Salam'alaik

"I'm feeling so ORDINARY. Merasai betapa diri ini kelihatan so-called 'hebat' tetapi hakikatnya bukan begitu. Sedang berusaha untuk memperbaiki diri dalam pentarbiyahan melalui taklifan~ Semoga dipermudahkan urusan..."


Semoga berbahagia hingga ke syurga

Al-Farashah??

Besssttt ^__^

Ye...memang bessstttt!







Tuesday, January 25, 2011

Karya Seni 3

Hanya lukisan yang mampu dikongsikan kali ini...

Mr. A

Permintaan daripada seorang sahabat yang bakal berkahwin tidak lama lagi~ first version

Peace No War~

Sedang berusaha mencari dan mempelajari beberapa software untuk melukis komik. Smg dipermudahkan~

Tuesday, January 11, 2011

Mengapa MALAS!!!

Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas, tidak bertanda



Baru-baru ini saya sempat berbual secara online dengan seorang sahabat yang jauh di mata tetapi sentiasa diingati dalam doa. Banyak juga yang kami bualkan. Bermula dengan jual-beli majalah Solusi, perbualan tentang program terdekat, update tentang sahabat-sahabat yang berkahwin dan mengandung dan akhirnya tentang perkahwinan sahabat itu sendiri. Sempat juga sahabat itu menempah sekeping lukisan kartun kahwin untuk diletakkan dalam bunting perkahwinannya nanti.

"Eh, akak tak busy ke nih? Panjang kita chat nih.", soal saya kepada sahabat yang sedang bekerja di Kuala Lumpur itu setelah hampir 30 minit kami berbual. 

"Akak banyak kerja tapi malas buat. Macam mana ye?" jawab sahabat itu.

"Aha~ yang itu tidak boleh ditolong. Saya pun sedang bermalas-malasan membuat research nih :P", balas saya selamba.


Mengapa MALAS?

Masa itu emas.
(Pepatah Melayu)

Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.
(Pepatah Arab)

Kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang kita ada.
(Imam Hassan al-Banna)

Tetapi mengapa masih malas dan membuang masa?!


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhan Kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan duka cita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia."


Zikir al-mathurat tidak lekang dibibir saban hari. Pagi dan petang. Setiap kali itu jugalah keratan doa meminta diperlihara diri daripada sifat malas di atas pasti dipanjatkan kepada Allah SWT. Namun, mengapa masih wujud sifat malas dalam diri? Mengapa masih lemah kemahuan? Mungkin doa yang dipinta itu sekadar lafaz mainan bibir. Mungkin doa itu dilafazkan oleh minda separa sedar dan bukannya doa yang lahir tulus daripada hati. Mungkin juga doa itu sekadar hafalan tanpa penghayatan.

Muhasabah diri!!!


Bertindak Segera

1. Menghargai umur
Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umurmu dengan sia-sia.
(Saidina Ali bin Abi Talib)

2. Tidak menunggu masa akan datang untuk bekerja
Seorang ulama' menasihati seorang pemuda: "Bekerjalah sebelum tiba suatu hari yang kamu tidak mampu bekerja. saya suka bekerja pada hari ini tetapi saya tiada upaya!"
(Dr Yusuf al-Qaradawi, Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim, 1986)

3. Menjadikan diri orang mukmin yang kuat.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya). Oleh itu hendaklah engkau berusaha bersungguh-sungguh memperoleh apa yang memberikan manfaat kepadamu serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika ditimpa sesuatu, janganlah engkau berkata: 'Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini'. Tetapi katakanlah: 'Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan', kerana perkataan 'kalau' itu membuka kepada hasutan syaitan."
(Riwayat Muslim)
4. Lakukannya hari ini, bukannya kemudian hari


Abdul Qais berpesan : "Awas dari perkataan 'nanti dulu'".
Orang lain ada berkata: "Perkataan 'nanti dulu' adalah anak cucu iblis".
Al-Imam Al-Hassan Al-Basri berpesan: "Awas dari tempoh menempoh! Hari esok belum tentu! Jika besok harimu, jadilah esok seperti hari ini. Jika esok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini." 
(Dr Yusuf al-Qaradawi, Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim, 1986)

Monday, December 13, 2010

Keutamaan Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Letih sungguh rasanya walaupun hanya berjaya menyiapkan beberapa design poster dan banner untuk Program Kem Remaja Unggul yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Setelah sekian lama meninggalkan portfolio Promosi dan Penerbitan, kali ini saya ditugaskan untuk mempromosikan program tersebut dalam masa lebih kurang dua minggu. Seingat saya terakhir kali saya terlibat dalam bidang ini...semasa memegang jawatan Head Assistant Promotion and PublicationCareer Development Carnival anjuran Syntech Club pada tahun 2007. Terasa 'tepu' juga sebenarnya tetapi tugas ini sangat menarik walaupun mencabar. Software Photoshop yang digunakan benar-benar hebat! Semakin banyak dijelajahi dan didalami, semakin saya mengagumi kelebihan software ini. I've fallen in love with it~


Apabila berbicara soal fallen in love, teringat pula saya pada seorang kawan lama. Lelaki. Jangan salah faham pula, bukan bekas kekasih. Hanya seorang teman biasa. Selepas 10 tahun tidak bertemu, kami berjumpa kembali di Facebook. Bertanya khabar secara online sahaja dan salah satu soalan yang diajukannya ialah tentang teman lelaki, soalan yang tiada kepentingan untuk ditanyakan. Haha~ tidak sangka pula dia menganggap diri saya sebagai seorang gadis yang anti-lelaki hanya kerana tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki atau dengan kata lain tidak pernah ber'couple' sejak dilahirkan. Jawapan saya kepadanya mudah. Bercinta selepas kahwin. Saya tidak menidakkan bahawa pernah wujud perasaan suka pada seseorang. Namun, tidak tenang rasanya diri ini  selagi tidak mampu mencintai Maha Pencipta dengan sepenuh hati. Tidak tenteram rasanya jiwa ini selagi keutamaan cinta dalam diri saya masih kucar-kacir.

Cinta itu merupakan anugerah istimewa yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Sebagai seorang Muslim, kita perlu tahu tentang keutamaan cinta kita pada Allah, Rasul dan manusia di sekeliling kita. Apa yang pasti cinta Allah SWT adalah cinta teragung. Sesama manusia, bercintalah kerana Allah. Jangan pula disebabkan kehilangan cinta manusia menyebabkan kita mengabaikan cinta kepada Yang Maha Esa. Satu perkara penting yang perlu kita sedari...sesungguhnya mencintai seseorang tidak semestinya kita akan memilikinya! Sekadar perkongsian...hayatilah kisah-kisah dibawah...



Kisah 1

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.  Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.  Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…



Kisah 2

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…

Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…



Kisah 3

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…



Kisah 4

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…

Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…

‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…

Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..

“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..



P/s: Credit to Ammira Azmi yang melanjutkan cerita ini kepada saya. Akak sayang kamu juga fillah~