Friday, April 22, 2011

Indahnya Nikmat Sihat Itu

Assalamualaikum w.b.t

"Kalau ikutkan ujian darah dan tiroid, awak sihat. Tapi awak rehat dulu daripada heavy excercise untuk 3 bulan ye," doktor Hospital Batu Gajah berketurunan cina itu menasihatkan saya untuk mengurangkan aktiviti sukan berat sepanjang tempoh pemantauan akibat kecederaan dalaman yang saya alami. 

Agak berat juga untuk mengikut nasihat itu kerana aktiviti berenang, jogging dan latihan gimnasium sudah menjadi sebahagian daripada rutin saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menunggang motorsikal juga kadang-kala boleh menyebabkan kecederaan tersebut. Jadi, mungkin selepas ini perlu lebih banyak berjalan kaki daripada menunggang AHB4686. 

Redha sahaja kerana mungkin ini adalah kifarah dosa untuk saya. Semoga Allah memberi kesembuhan.

Walau apapun, terima kasih kepada doktor-doktor dan nurse yang baik hati itu!

Kartun doktor dan nurse yang dilukis atas permintaan seorang sahabat untuk pertandingan mewarna program kesihatan di Bandar Tun Razak.
Gambar sekadar hiasan

Saturday, April 09, 2011

Disiplin Diri : Mulakan Dengan Menjaga Waktu Solat

Assalamualaikum w.b.t

Di saat teman-teman seangkatan yang lain sedang sibuk menyiapkan tesis sarjana mereka, saya pula masih belum mampu memahamkan supervisor saya tentang penyelidikan yang telah dan sedang saya lakukan. Konflik yang bermula sejak semester pertama pengajian lagi masih berlarutan. Sudut pandangan seorang engineer dan seorang technologist memang benar-benar berbeza. Menjadi orang tengah di antara keduanya juga merupakan cabaran yang perlu saya hadapi untuk menyelesaikan pengajian saya di sini kerana saya perlu menepati expectation yang berbeza daripada kedua-dua supervisor saya. Namun, tidak seharusnya saya menjadikan situasi ini sebagai alasan mengapa penyelidikan saya kurang berhasil.

Menguruskan permohonan untuk memanjangkan lagi tempoh pemberian skim Graduate Assistanship membuatkan saya terfikir betapa saya sudah membazirkan masa selama hampir empat semester (hampir 2 tahun!) di sini untuk perkembangan yang sangat sedikit seperti sekarang ini. Rugi rugi...sangat rugi. Namun, masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali. Apa yang pasti, saya perlu meningkatkan daya dan usaha untuk memastikan diri ini dapat bergraduasi pada tahun ini juga. Not more than that! I need to be productive enough so that I can achieve the aim. Oleh kerana pemboleh ubah tetapnya ialah masa, maka saya perlu lebih berdisiplin dengan masa. Thanks to Didi, my usrahmate as she had gave me a great tip on how to be more discipline. The tip is I need to start by praying on time!


Semoga Allah mempermudahkan urusan....aminnn. Doakan saya berjaya menghabiskan pengajian saya bulan 9 ini ye sahabat-sahabat ^_______^